Terkini
Kimono disamakan jubah keagamaan, pengetua sekolah Perancis arah pelajar pulang
Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’

- Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’
- Agensi Anadolu melaporkan pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dipanggil, semalam, bagi membincangkan insiden yang berlaku sehari sebelumnya di mana dia dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.
- Pelajar beragama Islam itu yang hadir bersama ahli keluarganya bagaimanapun menegaskan, pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.
- Namun, pengetua terbabit membalas dengan berkata, peraturan ditetapkan dalam perkara itu bukan hanya membabitkan larangan memakai abaya atau jubah di sekolah tetapi juga ‘semua pakaian yang menunjukkan kaitan dengan agama.’
- Sekurang-kurang seorang lagi pelajar dari sekolah sama turut dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.
NICE: Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’
Agensi Anadolu melaporkan pelajar perempuan berusia 15 tahun itu telah dipanggil, semalam, bagi membincangkan insiden yang berlaku sehari sebelumnya di mana dia dihalang untuk kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.
Pelajar beragama Islam itu yang hadir bersama ahli keluarganya bagaimanapun menegaskan, pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.
Namun, pengetua terbabit membalas dengan berkata, peraturan ditetapkan dalam perkara itu bukan hanya membabitkan larangan memakai abaya atau jubah di sekolah tetapi juga ‘semua pakaian yang menunjukkan kaitan dengan agama.’
Sekurang-kurang seorang lagi pelajar dari sekolah sama turut dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.
Peguam keluarga berkenaan, Maitre Nabil Boudi, berkata pihaknya telah memfailkan aduan ‘diskriminasi atas dasar pegangan agama.”
“Penghinaan berkenaan mesti dihentikan, dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera bertindak atas kes ini memandangkan arahan yang diberikan Menteri Pendidikan Nasional itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita,” katanya.
Pelajar itu mendakwa, dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan ketika dibawa ke pejabat pengetua pula dipaksa menukar kimono yang dipakai kerana dikatakan melanggar arahan Kementerian Pendidikan Nasional. Sekiranya enggan, dia dilarang menghadiri kelas.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak