Connect with us

Terkini

Kimono disamakan jubah keagamaan, pengetua sekolah Perancis arah pelajar pulang

Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kimono disamakan jubah keagamaan, pengetua sekolah Perancis arah pelajar pulang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’
  • Agensi Anadolu melaporkan pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dipanggil, semalam, bagi membincangkan insiden yang berlaku sehari sebelumnya di mana dia dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.
  • Pelajar beragama Islam itu yang hadir bersama ahli keluarganya bagaimanapun menegaskan, pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.
  • Namun, pengetua terbabit membalas dengan berkata, peraturan ditetapkan dalam perkara itu bukan hanya membabitkan larangan memakai abaya atau jubah di sekolah tetapi juga ‘semua pakaian yang menunjukkan kaitan dengan agama.’
  • Sekurang-kurang seorang lagi pelajar dari sekolah sama turut dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.

NICE: Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon, Perancis, mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai busana tradisional Jepun, kimono, dengan mendakwa ia ‘adalah kot labuh yang bercirikan keagamaan.’

Agensi Anadolu melaporkan pelajar perempuan berusia 15 tahun itu telah dipanggil, semalam, bagi membincangkan insiden yang berlaku sehari sebelumnya di mana dia dihalang untuk kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.

Pelajar beragama Islam itu yang hadir bersama ahli keluarganya bagaimanapun menegaskan, pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.

Namun, pengetua terbabit membalas dengan berkata, peraturan ditetapkan dalam perkara itu bukan hanya membabitkan larangan memakai abaya atau jubah di sekolah tetapi juga ‘semua pakaian yang menunjukkan kaitan dengan agama.’

Sekurang-kurang seorang lagi pelajar dari sekolah sama turut dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.

Peguam keluarga berkenaan, Maitre Nabil Boudi, berkata pihaknya telah memfailkan aduan ‘diskriminasi atas dasar pegangan agama.”

“Penghinaan berkenaan mesti dihentikan, dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera bertindak atas kes ini memandangkan arahan yang diberikan Menteri Pendidikan Nasional itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita,” katanya.

Pelajar itu mendakwa, dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan ketika dibawa ke pejabat pengetua pula dipaksa menukar kimono yang dipakai kerana dikatakan melanggar arahan Kementerian Pendidikan Nasional. Sekiranya enggan, dia dilarang menghadiri kelas. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *