Connect with us

Terkini

Penyokong bukan Melayu PAS setia bantu berkempen

Menjadi suatu kelainan di Kelantan apabila terdapat kumpulan pengundi berbangsa Cina dan India yang terus setia bersama parti PAS yang biasa dimonopoli orang Melayu dan Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penyokong bukan Melayu PAS setia bantu berkempen
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah).
  • Menjadi suatu kelainan di Kelantan apabila terdapat kumpulan pengundi berbangsa Cina dan India terus setia bersama parti PAS yang biasa dimonopoli orang Melayu dan Islam.
  • Mereka yang aktif di bawah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Parlimen Kota Bharu, dilihat bersemangat melakukan aktiviti menggantung bendera serta menghias markas PAS milik mereka di Dataran Cheng Ho, di sini.
  • Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng, berkata walaupun masyarakat Cina dan India di negeri itu tidak seramai kaum Melayu, namun semangat dan sokongan PAS tidak berbelah bahagi selain mengakui sayang akan parti berkenaan.
  • Guan Seng berkata, mereka tidak pernah menganggap PAS sebuah parti yang mementingkan orang Melayu sahaja, sebaliknya kaum Cina dan India di negeri itu tidak pernah diabaikan sama sekali.
  • Bagi Thanaletchumi Govindasamy, 45, tempoh berkempen tidak kiralah pada PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) amat dinanti-nantikan kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama dengan rakan-rakan bangsa lain di bawah parti PAS.

KOTA BHARU: Menjadi suatu kelainan di Kelantan apabila terdapat kumpulan pengundi berbangsa Cina dan India yang terus setia bersama parti PAS yang biasa dimonopoli orang Melayu dan Islam.

Mereka yang aktif di bawah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Parlimen Kota Bharu, dilihat bersemangat melakukan aktiviti menggantung bendera serta menghias markas PAS milik mereka di Dataran Cheng Ho, di sini.

Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng, berkata walaupun masyarakat Cina dan India di negeri itu tidak seramai kaum Melayu, namun semangat dan sokongan PAS tidak berbelah bahagi selain mengakui sayang akan parti berkenaan.

“Apabila mengetahui sahaja bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung, kami terus berbincang dan berkongsi idea untuk memeriahkan kawasan ini (DUN Kota Lama) dengan bendera PAS.

“Sejak sebulan lalu, hampir setiap malam kami berkumpul dan ada ketikanya sehingga ke awal pagi untuk memasang bendera serta menghias jalan dengan bendera ‘hijau’ yang menjadi sokongan kami sejak sekian lama.

“Biasanya golongan wanita akan datang membantu untuk menjahit bendera manakala kami yang lelaki bertanggungjawab memasang bendera di sepanjang jalan,” katanya ketika ditemui di Markas PAS DUN Kota Lama di Dataran Cheng Ho, di sini, semalam.

Guan Seng berkata, mereka tidak pernah menganggap PAS sebuah parti yang mementingkan orang Melayu sahaja, sebaliknya kaum Cina dan India di negeri itu tidak pernah diabaikan sama sekali.

Sementara itu, bagi Thanaletchumi Govindasamy, 45, tempoh berkempen tidak kiralah pada PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) amat dinanti-nantikan kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama dengan rakan-rakan bangsa lain di bawah parti PAS.

“Kami dapat bersatu dan berkumpul bersama, dan situasi ini akan dilihat menarik lebih-lebih lagi apabila kami berkomunikasi dalam dialek ‘Melayu Kelantan’.

“Sebenarnya, aktiviti sepanjang tempoh berkempen ini mengeratkan hubungan sesama kami di sini.

“Kami tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan PRN kali ini dengan cara kami yang tersendiri selain mahu membuktikan bahawa kaum lain turut menyokong PAS di Kelantan,” katanya yang turut turun padang berkempen bersama calon tempatan di situ terutama di penempatan kaum India.

Beliau berkata, hampir 60 orang penduduk di DUN Kota Lama membabitkan bangsa Cina dan India terbabit dalam proses menghias serta menggantung bendera sepanjang tempoh berkempen ini.

Sumber: Berita Harian

Author