Connect with us

Antarabangsa

Penderaan seksual pelajar, bekas guru besar sekolah Yahudi dipenjara 15 tahun

Mahkamah Australia hari ini, memerintahkan bekas guru besar sekolah yahudi ultra-ortodoks dipenjara selama 15 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap dua pelajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penderaan seksual pelajar, bekas guru besar sekolah Yahudi dipenjara 15 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Australia hari ini, memerintahkan bekas guru besar sekolah yahudi ultra-ortodoks dipenjara selama 15 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap dua pelajar.
  • Malka Leifer, 56, turut didapati bersalah atas 18 tuduhan seksual termasuk rogol dan serangan tidak senonoh ke atas kanak-kanak berusia 16 hingga 17 tahun, pada April lalu.
  • Juri bagaimanapun membebaskan tertuduh daripada sembilan pertuduhan lain.
  • Bekas guru besar Sekolah Adass Israel itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan.

SYDNEY: Mahkamah Australia hari ini, memerintahkan bekas guru besar sekolah yahudi ultra-ortodoks dipenjara selama 15 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap dua pelajar.

Malka Leifer, 56, turut didapati bersalah atas 18 tuduhan seksual termasuk rogol dan serangan tidak senonoh ke atas kanak-kanak berusia 16 hingga 17 tahun, pada April lalu.

Juri bagaimanapun membebaskan tertuduh daripada sembilan pertuduhan lain.

Bekas guru besar Sekolah Adass Israel itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan.

Warga Israel itu diekstradisi ke Australia dua tahun lalu, selepas dia melarikan diri ketika tuduhan terbabit mula timbul pada 2008.

Sementara itu, Australian Broadcasting Corp melaporkan, Hakim Mark Gamble menetapkan Malka dipenjara selama 11 tahun dan enam bulan, tanpa parol, selain mengambil kira tempoh selama 2,069 hari dia dalam tahanan.

Mangsa yang juga tiga beradik perempuan sebelum ini, mendakwa Malka mendera mereka yang ketika itu masih remaja, secara seksual di pekarangan sekolah di Melbourne, pejabat kakitangan yang berkunci, kem sekolah dan rumah tertuduh, antara 2003 hingga 2007.

Mahkamah bagaimanapun, mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan terhadap dua daripada mangsa terbabit.

Bercakap di luar mahkamah, salah seorang pengadu mengakui bersyukur kerana mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jangkaan kami sangat rendah kerana pelaku wanita sangat kurang dilaporkan, selain tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan bukti asas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *