Terkini
Kemajuan AI buka ruang jenayah siber sukar dibanteras, ancam peradaban manusia
Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka ruang penjenayah siber untuk melakukan klon suara dan wajah bagi memperdaya mangsa.
- Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka ruang penjenayah siber untuk melakukan klon suara dan wajah bagi memperdaya mangsa.
- Ia menjadi semakin sukar dibenteras, kata Pengarah Urusan TXMR Sdn Bhd, Tengku Mohd Farid Tengku Hassim.
- Menurutnya, kemampuan teknologi merobohkan sempadan antara realiti dan fiksyen amat berbahaya dan boleh mengancam peradaban manusia jika tidak digunakan dan dikawal dengan baik.
- Katanya, keghairahan masyarakat mengadaptasi kemajuan teknologi boleh menimbulkan kesan negatif dalam perkembangan dunia tanpa sempadan ini.
- “Adalah penting bagi masyarakat khususnya para graduan yang akan melangkah ke alam pekerjaan agar menyeimbangkan antara ilmu dan kemahiran teknologi aras tinggi dengan peribadi dan integriti terpuji,”katanya semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke-24, di sini semalam.
SHAH ALAM – Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka ruang penjenayah siber untuk melakukan klon suara dan wajah bagi memperdaya mangsa.
Ia menjadi semakin sukar dibenteras, kata Pengarah Urusan TXMR Sdn Bhd, Tengku Mohd Farid Tengku Hassim.
Menurutnya, kemampuan teknologi merobohkan sempadan antara realiti dan fiksyen amat berbahaya dan boleh mengancam peradaban manusia jika tidak digunakan dan dikawal dengan baik.
“Adalah penting bagi masyarakat khususnya para graduan yang akan melangkah ke alam pekerjaan agar menyeimbangkan antara ilmu dan kemahiran teknologi aras tinggi dengan peribadi dan integriti terpuji.
“Ini bagi memastikan masyarakat pintar dan madani dapat dilahirkan seperti mana dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke-24, di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dr Norhayati Zakaria.
Pada majlis konvokesyen itu, seramai 1,571 graduan bakal menerima 253 ijazah, 1,302 diploma dan 16 sijil.
Dari jumlah itu, seramai 439 graduan daripada Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (412) dan masing-masing Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (360).
Mohd Farid juga berkata, keghairahan masyarakat mengadaptasi kemajuan teknologi boleh menimbulkan kesan negatif dalam perkembangan dunia tanpa sempadan ini.
“Etika dan nilai murni sekian lama menjadi identiti rakyat Malaysia mula terhakis dan bercampur-baur dengan nilai barat lebih bersikap terbuka terutamanya dalam soal kebebasan, hak dan kontradiksi isu perjuangan diskriminasi.
“Pergaulan bebas, hubungan songsang, kecenderungan mencedera serta membunuh diri, tarian ghairah dan kini menjadi trend malah menular dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Sumber: Malaysia Gazette
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza