Connect with us

Terkini

Duta Palestin seru rakyat Malaysia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Duta Palestin seru rakyat Malaysia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds
Foto: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali (berbaju biru).
  • Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali seru rakyat Malaysia sentiasa menumpukan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.
  • “Dalam hubungan ini, isu-isu sektarian seperti politik dalaman yang melibatkan para penduduk Palestin, tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan dengan situasi mencabar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini (20 Ogos).
  • Walid seru masyarakat Malaysia salurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra bagi memastikan rakyat di negara itu terima manfaatnya.
  • Menurut kenyataan itu, Walid mempersembahkan perkara berkenaan kepada Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam (19 Ogos) bersempena dengan kunjungan beliau ke negeri itu.

KANGAR – Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

“Dalam hubungan ini, isu-isu sektarian seperti politik dalaman yang melibatkan para penduduk Palestin, tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan dengan situasi mencabar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semalam.

Walid juga menyeru agar masyarakat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra bagi memastikan rakyat di negara itu menerima manfaatnya.

Menurut kenyataan itu, Walid mempersembahkan perkara berkenaan kepada Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam (19 Ogos) bersempena dengan kunjungan beliau ke negeri itu.

Berangkat sama ke majlis itu ialah anakanda Pemangku Raja, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *