Connect with us

Terkini

PRN: KPT pertimbang kaedah sesuai mudahkan warga IPT pulang mengundi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk memudahkan warga institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk pelajar dan pensyarah, pulang mengundi untuk PRN di enam negeri pada 12 Ogos nanti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: KPT pertimbang kaedah sesuai mudahkan warga IPT pulang mengundi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk memudahkan warga institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk pelajar dan pensyarah, pulang mengundi untuk PRN di enam negeri pada 12 Ogos nanti.
  • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mohammad Yusof Apdal berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit untuk mencapai kata putus bagi pelepasan cuti.
  • “Kita akan lihat kepada keperluan .. kita akan ambil satu kaedah yang memudahkan mereka terutama yang bekerja ataupun pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Pertandingan dan Pameran Inovasi (iCompEx 2023) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

JITRA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk memudahkan warga institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk pelajar dan pensyarah, pulang mengundi untuk PRN di enam negeri pada 12 Ogos nanti.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mohammad Yusof Apdal berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit untuk mencapai kata putus bagi pelepasan cuti.

“Kita akan lihat kepada keperluan .. kita akan ambil satu kaedah yang memudahkan mereka terutama yang bekerja ataupun pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Pertandingan dan Pameran Inovasi (iCompEx 2023) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KPT akan memberikan cuti kepada warga IPT termasuk pelajar untuk pulang mengundi pada PRN.

Mohammad Yusof turut berkata, pelajar universiti sememangnya bebas untuk berpolitik dan boleh menyokong mana-mana parti, namun perlu bertanggungjawab memastikan ia tidak mengganggu pengajian.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *