Terkini
Kerajaan tolak fahaman sekular Laicite, asingkan agama dalam pentadbiran – PM
Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.

- Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebaliknya kerajaan menerima fahaman sekular yang tidak membuang sepenuhnya nilai-nilai agama.
- “Kenapa kita perlu menerima Laïcité sedangkan nilai agama adalah penting. Malah dalam hal membabitkan keadilan, ia disebut dalam khutbah Jumaat,” katanya dalam sesi soal jawab di Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia (MLC) 2023, hari ini.
- Laïcité adalah prinsip asas sekularisme di Perancis. Artikel 1 Perlembagaan Perancis ditakrif sebagai tidak menggalakkan pembabitan agama dalam urusan pentadbiran terutama pengaruh agama dalam penetapan dasar-dasar negara.
KUALA LUMPUR: Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebaliknya kerajaan menerima fahaman sekular yang tidak membuang sepenuhnya nilai-nilai agama.
“Kenapa kita perlu menerima Laïcité sedangkan nilai agama adalah penting. Malah dalam hal membabitkan keadilan, ia disebut dalam khutbah Jumaat,” katanya dalam sesi soal jawab di Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia (MLC) 2023, hari ini.
Laïcité adalah prinsip asas sekularisme di Perancis. Artikel 1 Perlembagaan Perancis ditakrif sebagai tidak menggalakkan pembabitan agama dalam urusan pentadbiran terutama pengaruh agama dalam penetapan dasar-dasar negara.
Terdahulu, Anwar diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bahawa Kerajaan Perpaduan menolak sekular.
Anwar menegaskan sekiranya terma sekular ingin dipopularkan, maka perlu dipastikan bahawa terma berkenaan difahami dengan jelas oleh keseluruhan masyarakat di negara ini.
Katanya, majoriti masyarakat Islam mengambil fahaman sekular sebagai sesuatu yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran.
“Bukan itu yang perlu difahami oleh masyarakat Islam, sebaliknya walaupun kerajaan mempunyai elemen sekular namun nilai agama masih diterapkan.
“Sekiranya terma berkenaan tidak difahami dengan jelas, maka akan terputus sepenuhnya naratif dan wacana golongan bandar dan elit dengan sentimen serta pemahaman orang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak mencampuri urusan Badan Kehakiman di samping terus mempertahankan kebebasan institusi tersebut sejak mengambil alih tugas Perdana Menteri.
Beliau turut menzahirkan pujian kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas peranan beliau dalam mengukuhkan kepercayaan terhadap Badan Kehakiman.
“…dan dengan ini, saya terima kasih kepada pendirian teguhnya mengenai kebebasan kehakimannya dan menghadapi serangan tanpa henti daripada setiap peringkat dalam untuk mempertahankan kehakiman,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas