Connect with us

Terkini

Aksi biadab The 1975, Peguam tawar khidmat guaman percuma untuk artis tempatan terkesan konsert batal

Sebuah firma guaman menawarkan khidmat guaman percuma kepada semua artis tempatan yang terjejas dengan pembatalan Festival Good Vibes 2023 di Sepang akibat perbuatan tidak senonoh kumpulan muzik dari British, The 1975.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aksi biadab The 1975, Peguam tawar khidmat guaman percuma untuk artis tempatan terkesan konsert batal
Foto: Vokalis The 1975, Matty Healy (kiri) dan peguam dan pengasas Firma Managing Partner of Thomas Philip, Matthew Thomas Philip (kanan).
  • Sebuah firma guaman menawarkan khidmat guaman percuma kepada semua artis tempatan yang terjejas dengan pembatalan Festival Good Vibes 2023 di Sepang akibat perbuatan tidak senonoh kumpulan muzik dari British, The 1975.
  • Firma Managing Partner of Thomas Philip yang menyediakan tiga peguam untuk khidmat guaman secara ‘pro bono’ itu, memaklumkan pihaknya sepenuh hati bersedia mewakili artis dan vendor tempatan jika mereka mahu mengambil tindakan undang-undang.
  • “Ia sesuatu yang boleh dijangka akibat tindakan melulu kumpulan The 1975 itu. Kumpulan 1975 sepatutnya mematuhi skop kontrak, tidak sepatutnya ‘memberitahu’ bagaimana mentadbir negara kerana kerajaan mempunyai proses demokratik,” katanya dalam satu hantaran Facebook, kelmarin. 

KUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman menawarkan khidmat guaman percuma kepada semua artis tempatan yang terjejas dengan pembatalan Festival Good Vibes 2023 di Sepang akibat perbuatan tidak senonoh kumpulan muzik dari British, The 1975.

Pesta muzik berkenaan yang dijadual berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini, dibatalkan serta-merta selepas mendapat arahan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas vokalis The 1975, Matty Healy menunjukkan perlakuan kurang sopan dalam konsert.

Firma Managing Partner of Thomas Philip yang menyediakan tiga peguam untuk khidmat guaman secara ‘pro bono’ itu, memaklumkan pihaknya sepenuh hati bersedia mewakili artis dan vendor tempatan jika mereka mahu mengambil tindakan undang-undang.

Foto: Pernyataan tuntutan yang dikeluarkan oleh Firma Managing Partner of Thomas Philip.

“Ia sesuatu yang boleh dijangka akibat tindakan melulu kumpulan The 1975 itu. Kumpulan 1975 sepatutnya mematuhi skop kontrak, tidak sepatutnya ‘memberitahu’ bagaimana mentadbir negara kerana kerajaan mempunyai proses demokratik,” katanya dalam satu hantaran Facebook, kelmarin.

Menurut firma guaman berkenaan, peguam yang dilantik menguruskan kes itu akan menyediakan draf kerja tindakan bagi mewakili artis dan vendor tempatan terhadap The 1975.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang mungkin mempunyai kaitan dengan saman terhadap The 1975 seperti lokasi aset milik kumpulan itu, hubungi pasukan ‘pro bono’ kami,” katanya.

Semalam (Sabtu), Fahmi dilaporkan berkata, penganjuran Festival Good Vibes 2023 diarah dibatalkan serta-merta dan penganjur diminta mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli tiket.

Menteri Komunikasi dan Digital itu melalui ciapan di Twitter, turut menyifatkan perlakuan Healy yang dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan dalam konsert berkenaan sebagai biadap.

Malah, vokalis itu juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.

Difahamkan, vokalis The 1975 itu terkenal dengan aksi gimik sering melakukan tindakan melulu dan tidak menghormati undang-undang negara di mana mereka membuat persembahan, malah kejadian sama pernah berlaku semasa persembahan di Dubai.

Sumber: Berita Harian

Author