Connect with us

Terkini

Tidak tunai janji, Azizul kecewa dengan MSN

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak tunai janji, Azizul kecewa dengan MSN
Foto: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang.
  • Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.
  • Tanpa menamakan individu terbabit, Azizul meluahkan kekecewaanya dalam satu muat naik di ruangan laman Facebook peribadinya pagi ini.
  • Baginya dia akur apabila pihak MSN mahu menutup kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia, namun kepulangannya ke tanah air tidak mendapat sistem sokongan yang bagus dan berprestasi tinggi seperti dijanjikan daripada pihak MSN.
  • “Sudah dinasihatkan untuk duduk berbincang bersama dengan saya dan beritahu terang-terang, apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak, like a real gentleman, tapi sampai ke sudah tidak ada seorang pun yang datang berjumpa,” jelas Azizul dalam Facebooknya.

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.

Tanpa menamakan individu terbabit, Azizul meluahkan kekecewaanya dalam satu muat naik di ruangan laman Facebook peribadinya pagi ini.

Baginya dia akur apabila pihak MSN mahu menutup kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia, namun kepulangannya ke tanah air tidak mendapat sistem sokongan yang bagus dan berprestasi tinggi seperti dijanjikan daripada pihak MSN.

“Malangnya, daripada perjumpaan pertama kali dan beberapa siri perbincangan selepas itu serta setelah pulang ke tanah air sehingga sekarang, masih tidak ada penyelesaian.

“Perbincangan dan perjumpaan dengan wakil saya telah berlangsung lebih 10 kali dan jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tersangat tidak professional dan hanya membiarkan perkara tergantung dalam jangka masa yang amat lama. High performance sport apa benda macam ni!

“Sudah dinasihatkan untuk duduk berbincang bersama dengan saya dan beritahu terang-terang, apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak, like a real gentleman, tapi sampai ke sudah tidak ada seorang pun yang datang berjumpa,” jelas Azizul dalam Facebooknya.

Dalam masa yang sama, Azizul turut mengadu mengalami kelewatan penerimaan pembayaran elaun daripada pihak MSN sehingga tempoh setahun ketika sedang membuat persiapan rapi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Difahamkan Azizul telah pun mengajukan perkara ini kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) untuk keputusan selanjutnya.

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *