Terkini
Keputusan representasi Rizal Van Geyzel ditangguh ke 7 Julai depan
Keputusan representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum yang sepatutnya diketahui hari ini, ditangguhkan ke 7 Julai depan.
- Keputusan representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum yang sepatutnya diketahui hari ini, ditangguhkan ke 7 Julai depan.
- Peguam bela Mohamad Rizal, M Pravin, ketika dihubungi BH mengesahkan perkara berkenaan.
- “Kes tak berjalan hari ini, mahkamah beritahu (tangguh ke) 7 Julai,” katanya.
- Pada 31 Mei lalu, media melaporkan representasi ketiga itu difailkan atas sebab ada perkembangan terbaru, selepas representasi kedua dikemukakan Mohamad Rizal untuk menggugurkan pertuduhan terbabit ditolak oleh AGC.
- Pada 6 April lalu, Mohamad Rizal mengesahkan memfailkan surat representasi kedua kepada AGC bagi menggugurkan tiga pertuduhan itu selepas representasi pertama dikemukakan atas tujuan sama ditolak pada 20 Januari lalu.
- Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook ‘Rizal van Geyzel’, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
KUALA LUMPUR: Keputusan representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum yang sepatutnya diketahui hari ini, ditangguhkan ke 7 Julai depan.
Peguam bela Mohamad Rizal, M Pravin, ketika dihubungi BH mengesahkan perkara berkenaan.
“Kes tak berjalan hari ini, mahkamah beritahu (tangguh ke) 7 Julai,” katanya.
Pada 13 Jun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan masih meneliti representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman, dipetik berkata atas sebab itu, beliau memohon tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan keputusan representasi berkenaan.
Hakim Mahkamah Sesyen, N Priscilla Hemamalini, kemudian menetapkan sebutan kes untuk keputusan itu pada jam 2 petang hari ini, selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.
Pada 31 Mei lalu, media melaporkan representasi ketiga itu difailkan atas sebab ada perkembangan terbaru, selepas representasi kedua dikemukakan Mohamad Rizal untuk menggugurkan pertuduhan terbabit ditolak oleh AGC.
Pada 6 April lalu, Mohamad Rizal mengesahkan memfailkan surat representasi kedua kepada AGC bagi menggugurkan tiga pertuduhan itu selepas representasi pertama dikemukakan atas tujuan sama ditolak pada 20 Januari lalu.
Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook ‘Rizal van Geyzel’, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Hantaran itu dibaca di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, pada jam 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lalu.
Ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Sumber: Berita Harian