Connect with us

Terkini

Imam Al-Aqsa puji media Malaysia sebar kezaliman Israel

Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri secara terbuka memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri.
  • Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.
  • Bekas Mufti Besar Palestin itu malah menghargai usaha dilakukan pemain media Malaysia mendedahkan fakta kezaliman rejim Israel ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama.
  • “Terima kasih organisasi media dan rakyat negara ini sangat membantu dalam menyebarkan khabar benar apa yang berlaku di Palestin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di sini semalam.

PUTRAJAYA: Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri secara terbuka memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.

Bekas Mufti Besar Palestin itu malah menghargai usaha dilakukan pemain media Malaysia mendedahkan fakta kezaliman rejim Israel ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama.

“Terima kasih organisasi media dan rakyat negara ini sangat membantu dalam menyebarkan khabar benar apa yang berlaku di Palestin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di sini hari ini.

Ulama itu hadir dengan delegasi Malaysian Research and Education Foundation sebagai tetamu khas bersempena Kongres Palestin Sedunia 2023 di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Ekrima, 84, pernah cedera apabila digempur pihak polis Israel di luar Masjid Al-Aqsa pada 2017 dan juga ditahan rejim Zionis beberapa kali dengan kali terakhir pada 2021.

Mengulas lanjut, tokoh tersebut yang kali keempat berkunjung ke negara ini berharap ‘suara’ Palestin sentiasa didengar di seluruh dunia meskipun media Barat yang diketahui pro-Israel cukup aktif menyebarkan propaganda.

“Kami juga mahu segala berita sebenar dari Palestin yang tidak diketahui oleh masyarakat antarabangsa disebar luas Malaysia menerusi pelbagai bahasa,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga mengulangi penghargaan negara itu atas sokongan rakyat Malaysia yang terus teguh memperjuangkan nasib Palestin daripada ditindas rejim Israel.

Selain itu, Ekrima turut menegaskan bahawa umat Islam wajar mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa kerana kemuliaan tarafnya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pada akhir pertemuan, beliau turut disantuni oleh Anggota Majlis Fatwa Mesir, Dr. Syeikh Ahmed Mamdouh Ahmed Muhammad Saad yang kebetulan berada di kompleks tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *