Connect with us

Terkini

Akui motivasi dirinya hilang, Lee Zii Jia berehat seketika daripada badminton

Lee Zii Jia me­ngakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin ‘hilang’ dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akui motivasi dirinya hilang, Lee Zii Jia berehat seketika daripada badminton
Foto: Pemain Badminton negara, Lee Zii Jia.
  • Lee Zii Jia me­ngakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin hilang dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.
  • Perseorangan lelaki No. 1 negara itu mengalami satu lagi kekalahan mengejut, kali ini tumpas 17-21, 13-21 kepada pemain No. 20 dunia dari India, Lakshya Sen pada pusi­ngan pertama Terbuka Indonesia di Jakarta.
  • Bekas juara All England itu terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan meng­huni tangga ke-11, keadaan pasti menjejaskan lagi mo­ralnya.
  • Zii Jia, kini kalah awal dalam tiga kejohanan utama berturut-turut, bermula de­ngan Malaysia Masters (pusingan kedua) dua minggu lalu dan Terbuka Singapura (pusingan pertama), Rabu lalu.

PETALING JAYA: Lee Zii Jia me­ngakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin ‘hilang’ dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.

Semalam, perseorangan lelaki No. 1 negara itu mengalami satu lagi kekalahan mengejut, kali ini tumpas 17-21, 13-21 kepada pemain No. 20 dunia dari India, Lakshya Sen pada pusi­ngan pertama Terbuka Indonesia di Jakarta.

Kelmarin, bekas juara All England itu terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan meng­huni tangga ke-11, keadaan yang pasti menjejaskan lagi mo­ralnya.

Zii Jia, 25, kini kalah awal dalam tiga kejohanan utama berturut-turut, bermula de­ngan Malaysia Masters (pusingan kedua) dua minggu lalu dan Terbuka Singapura (pusingan pertama), Rabu lalu.

Dia juga kalah di pusingan pertama dan kedua dalam tujuh kejohanan tahun ini, malah gagal merangkul sebarang trofi sejak bergelar juara Terbuka Thailand 2022.

“Saya rasa buat masa ini saya akan berhenti daripada badminton buat sementara waktu. Saya tidak tahu berapa lama tetapi saya akan berhenti sehingga mendapat motivasi semula.

Saya akan berehat dan berehat seketika,” katanya selepas perlawanan.

Zii Jia juga menegaskan, dia belum memikirkan tentang kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris kerana perlu mencari semula keghairahan apabila ­berada di dalam gelanggang.

“Mungkin saya berhenti menyertai pertandingan, saya tidak tahu berapa lama.

“Saya telah mempertimbangkan hal ini agak lama, tekanan cukup tinggi ketika berada dalam gelanggang, saya gagal fokus 100 peratus.

“Eloklah saya berehat. Ke­utamaan bagi saya adalah untuk mencari minat saya di gelanggang.

“Saya bermain dengan baik di Piala Sudirman, tetapi saya tidak melakukan banyak perubahan selepas itu,” ujarnya.

Pada Terbuka Singapura, minggu lalu dia kalah kepada Weng Hongyang dari China 20-22, 21-16, 19-21, manakala di Malaysia Masters di tewas di ta­ngan pemain Taiwan, Lee Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.

Kehadiran Wong Tat Meng yang bakal menjadi jurulatih Zii Jia kini diharap mampu menjadi ‘penyelamat’ untuk memulihkan pemain No. 1 negara.

Tat Meng yang masih berada di Hong Kong dijangka tiba di Malaysia bulan depan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *