Connect with us

Terkini

Proklamasi Orang Melayu tak rasis – BERJASA

Parti BERJASA menegaskan, Proklamasi Orang Melayu tidak bersifat rasis seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya inisatif yang merentasi parti dan politik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Proklamasi Orang Melayu tak rasis – BERJASA
Foto: Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.
  • Parti BERJASA menegaskan, Proklamasi Orang Melayu tidak bersifat rasis seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya inisatif yang merentasi parti dan politik.
  • Presidennya, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, tidak wajar isu Proklamasi Orang Melayu dipolitikkan kerana ia melibatkan kesejahteraan bangsa Melayu sendiri, selain membincangkan isu berkaitan masyarakat Melayu.
  • “Proklamasi Orang Melayu ini tidak mewakili mana-mana parti walaupun hanya melibatkan Tun Dr Mahathir dan beberapa pimpinan PAS yang datang berbincang mengenai hal tersebut, baru-baru ini.

BANGI: Parti BERJASA menegaskan, Proklamasi Orang Melayu tidak bersifat rasis seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya inisatif yang merentasi parti dan politik.

Presidennya, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, tidak wajar isu Proklamasi Orang Melayu dipolitikkan kerana ia melibatkan kesejahteraan bangsa Melayu sendiri, selain membincangkan isu berkaitan masyarakat Melayu.

“Proklamasi Orang Melayu ini tidak mewakili mana-mana parti walaupun hanya melibatkan Tun Dr Mahathir dan beberapa pimpinan PAS yang datang berbincang mengenai hal tersebut, baru-baru ini.

“Ia bertujuan untuk kesejahteraan bangsa Melayu, tidak wujud apa-apa spekulasi yang mengatakan proklamasi ini adalah alat pihak tertentu untuk permainan politik,” katanya.

Justeru, semua pihak tidak kira parti dan fahaman parti wajar memberi sokongan sepenuhnya.

Katanya, misi utama Proklamasi Orang Melayu adalah memperkasakan semula keunggulan kuasa politik orang Melayu, umat Islam dan masyarakat di negara ini.

Proklamasi Melayu adalah gagasan strategik mengenai orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Pribumi.

Ia termasuk survival, keunggulan dan keselamatan kuasa politiknya; dan juga keselamatan jati diri dan keselamatan sosio-ekonominya di zaman selepas pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia digerakkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu secara dalam talian, selepas lokasi untuk mengadakan perhimpunan mengenainya dibatalkan sebanyak dua kali.

Sumber: Ismaweb

Author