Connect with us

Terkini

Kementerian Kesihatan teliti beri vaksin batuk kokol kepada ibu mengandung – Dr Zaliha

Kementerian Kesihatan sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha untuk mencegah pertussis atau batuk kokol.

Wartawan TMT

Published

on

Kementerian Kesihatan teliti beri vaksin batuk kokol kepada ibu mengandung – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha untuk mencegah pertussis atau batuk kokol.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pemberian vaksin tersebut bertujuan melindungi bayi bermula dari kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti yang tertakluk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.
  • “Kebanyakan kes pertussis dalam negara adalah dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optimum kerana masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha untuk mencegah pertussis atau batuk kokol.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pemberian vaksin tersebut bertujuan melindungi bayi bermula dari kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti yang tertakluk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

“Kebanyakan kes pertussis dalam negara adalah dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optimum kerana masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Dr Zaliha sebanyak 132 kes pertussis atau batuk kokol direkodkan dalam negara setakat 28 April lalu dengan dua kematian, menurun 73.3 peratus berbanding 495 kes jangkitan pada 28 April 2019.

Beliau berkata bayi berumur bawah 12 bulan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 67 kes (50.8 peratus) manakala 47 kes (35.6 peratus) melibatkan kanak-kanak berumur di antara 1 tahun hingga 10 dan selebihnya berumur 11 tahun ke atas.

Dr Zaliha berkata imunisasi merupakan langkah pencegahan pertussis yang berkesan dan di Malayais, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.

“Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95 peratus pada setiap masa,” katanya.

Dr Zaliha berkata daripada 132 kes tahun ini, sebanyak 89 kes iaitu 67.4 peratus melibatkan warganegara manakala 43 kes atau 32.6 peratus lagi bukan warganegara.

Katanya bilangan kes pertussis di Malaysia menurun dengan mendadak pada 2020 hingga 2021 iaitu semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Dr Zaliha berkata individu yang bergejala perlu sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin iaitu dengan menutup mulut dan diikuti mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.

Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis yang menjangkiti mulut, hidung dan tekak selain boleh tersebar melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk.

Gejala lazim pertussis adalah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan. 

Sumber: Bernama

Author

Terkini

LKAN: Majlis Profesor Negara nafi salah guna dana kerajaan

Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
  • MPN tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
  • Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
  • “Disepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
  • “MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui penjelasan ke atas LKAN itu, MPN berkata pihaknya tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.

Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

Foto: Kenyataan media MPN yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana Kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.

“MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Melalui LKAN 2/2024, audit dilaporkan menemui penyalahgunaan dana dalam MPN di mana ia sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri, didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516. 

Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016). 

MPN juga didapati membuat pembayaran elaun besar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Justeru, LKAN mengesyorkan JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending