Connect with us

Terkini

Hiburan alternatif bantah konsert Coldplay – PU Amin

Pendakwah bebas, PU Amin, berpendapat mengadakan hiburan alternatif adalah cara paling santun untuk membantah penganjuran konsert.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hiburan alternatif bantah konsert Coldplay – PU Amin
Foto: Coldplay.
  • Pendakwah bebas, PU Amin, berpendapat mengadakan hiburan alternatif adalah cara paling santun untuk membantah penganjuran konsert.
  • Mengulas lanjut, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 33, hiburan alternatif yang berkonsepkan selawat dan Islamik dilihat lebih relevan berbanding bantahan secara vokal.
  • “Kalau kita nak kata jangan pergi (konsert Coldplay), orang tetap akan pergi.
  • “Jadi kita buat hiburan alternatif. Sebab itu kita buat majlis selawat yang juga mempunyai nyanyian, gema, irama, namun ada batasannya.

SHAH ALAM: Pendakwah bebas, PU Amin, berpendapat mengadakan hiburan alternatif adalah cara paling santun untuk membantah penganjuran konsert.

Mengulas lanjut, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 33, hiburan alternatif yang berkonsepkan selawat dan Islamik dilihat lebih relevan berbanding bantahan secara vokal.

“Kalau kita nak kata jangan pergi (konsert Coldplay), orang tetap akan pergi.

“Jadi kita buat hiburan alternatif. Sebab itu kita buat majlis selawat yang juga mempunyai nyanyian, gema, irama, namun ada batasannya.

“Contohnya ketika Blackpink datang Malaysia, Raihan juga buat konsert. Mereka membantah dengan cara begitu.

“Saya rasa ia lebih relevan dan berjaya menarik jiwa orang muda. Saya rasa itu bantahan paling santun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023.

Sebelum ini, Amin pernah mengambil pendekatan melakukan teguran secara lantang dan terbuka.

Namun cara demikian dilihat sekadar menumpang populariti para selebriti dan tidak berkesan dalam masyarakat.

“Dulu saya bersikap melakukan bantahan kepada beberapa nama selebriti.

“Ya, kita dapat publisiti. Namun ia tidak memberi kesan kepada masyarakat.

“Pengikut (di laman sosial) memang naik tapi dari aspek hala tuju dakwah, ia tak menjadi,” tambahnya.

Terdahulu, Amin mengulas mengenai bantahan pengajuran konsert kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom, Coldplay oleh para agamawan.

Coldplay dijadualkan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November ini.

Tiket konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour itu dilaporkan sudah habis terjual dalam tempoh tiga jam hari ini.

Dalam perkembangan lain, Amin dilantik menjadi duta bagi Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan.

Amin bakal menjadi ahli panel bagi program ilmu ‘Allah Tak Pernah Benci Kita’ yang bakal berlangsung semasa festival berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author