Connect with us

Terkini

COVID19: KKM sedang kemas kini SOP, akan diumum dalam masa terdekat – Dr Zaliha

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

COVID19: KKM sedang kemas kini SOP, akan diumum dalam masa terdekat – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.
  • Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa COVID-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).
  • Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa COVID-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

“Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun COVID-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook semalam.

Dilaporkan, WHO memutuskan bahawa pandemik COVID-19, yang telah mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *