Connect with us

Antarabangsa

Penyertaan Finland dalam NATO risiko peningkatan konflik – Menteri Pertahanan Russia

Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu semalam berkata negaranya dipaksa untuk mengambil ‘langkah balas’ terhadap penyertaan Finland dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penyertaan Finland dalam NATO risiko peningkatan konflik – Menteri Pertahanan Russia
Foto: Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu.
  • Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu berkata negaranya dipaksa untuk mengambil langkah balas terhadap penyertaan Finland dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
  • Tindakan Finland menyertai NATO akan mengakibatkan konflik di Ukraine semakin meruncing.
  • Russia dan Finland berkongsi sempadan sepanjang 1,300 kilometer. Finland dijangka menyertai pakatan tentera itu secara rasmi semalam.
  • Shoigu dalam satu mesyuarat memberitahu kepimpinan tentera Russia bahawa penyertaan Finland mencipta risiko pengembangan konflik yang ketara di Ukraine.

RUSSIA: Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu semalam berkata negaranya dipaksa untuk mengambil ‘langkah balas’ terhadap penyertaan Finland dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Tindakan Finland untuk menyertai NATO akan mengakibatkan konflik di Ukraine semakin meruncing.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata NATO yang sudah lama dikritik oleh Moscow itu adalah satu “pencerobohan terhadap keselamatan kami dan kepentingan negara Russia’ dan Moscow akan memantau dengan teliti sebarang penempatan tentera NATO di Finland.

Russia dan Finland berkongsi sempadan sepanjang 1,300 kilometer. Finland dijangka menyertai pakatan tentera itu secara rasmi hari ini.

Sementara itu, Shoigu dalam satu mesyuarat memberitahu kepimpinan tentera Russia bahawa penyertaan Finland ‘mencipta risiko pengembangan konflik yang ketara” di Ukraine.

Tetapi beliau memaklumkan, ia tidak akan menjejaskan keputusan Russia untuk “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

Russia berkata salah satu sebab mengapa pihaknya menghantar angkatan tenteranya ke Ukraine pada Februari 2022 adalah untuk menentang ancaman yang didakwa rancangan Barat untuk menggunakan negara itu sebagai platform mengancam negaranya.

Katanya, kini negaranya sedang memerangi ‘perang hibrid’ menentang NATO dan Barat, yang menyokong Ukraine dengan memberi bantuan kewangan berbilion dolar serta senjata.

Shoigu berkata, Russia juga mengambil langkah praktikal untuk meningkatkan potensi serangan nuklear kepada sekutu rapat Belarus sebagai tindak balas.

Beliau berkata, beberapa jet tentera Belarus kini mampu membawa senjata nuklear serta sudah menghantar sistem roket Iskander yang mampu membawa peluru berpandu konvensional atau nuklear ke Belarus.

Presiden, Vladimir Putin pada bulan lalu berkata Russia akan menempatkan senjata nuklear taktikal di wilayah Belarus.

Russia menggunakan Belarus sebagai landasan bagi pencerobohannya tahun lalu sekali gus meningkatkan kebimbangan di Kyiv dan Barat bahawa ia mencetuskan konflik oleh Moscow.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *