Connect with us

Terkini

Lebih 40,000 pelajar sekolah menengah, 341 murid sekolah rendah merokok tahun lalu

Saringan dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar merokok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 40,000 pelajar sekolah menengah, 341 murid sekolah rendah merokok tahun lalu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Saringan dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar merokok.
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata bagi tempoh sama, hasil saringan dijalankan terhadap dua juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.
  • “Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini demikian menjawab pertanyaan N Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan sejauh mana kempen ini berhasil.

KUALA LUMPUR: Saringan dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata bagi tempoh sama, hasil saringan yang dijalankan terhadap dua juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

“Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan N Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan sejauh mana kempen ini berhasil.

Lukanisman berkata, KKM akan terus memperkasa dan memperluaskan program GEGAR-18 bagi memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

“Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen GEGAR-18 juga dijalankan di sembilan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Selaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,” katanya.

Katanya, KKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain berkaitan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *