Connect with us

Terkini

Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 April

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 April
Foto: Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat.
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.
  • Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.
  • Beliau berkata Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.
  • Pada Sabtu yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

“Cuepacs yakin kerajaan mampu melaksanakan perkara itu kerana ia tidak membabitkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.

“Cuepacs juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.

Pada Sabtu yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Adnan berkata, Cuepacs menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.

“Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,” katanya. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *