Terkini
(VIDEO) PrEP jimatkan RM47 juta kos rawatan HIV dari 2006 hingga 2013 – Timbalan Menteri Kesihatan
Kajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan Pre-exposure prophylaxis (PrEP) sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.
- Kajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan PrEP sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.
- Demikian jawapan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berhubung pertanyaan mengenai kesan pemberian PrEP kepada kewangan negara bagi pelaksanaan projek perintis penggunaan ubat PrEP yang meletakkan kumpulan sasar individu 18 tahun ke atas, HIV seronegatif dan berisiko tinggi dijangkiti HIV.
- “Mencegah dengan ubat PrEP adalah bersifat sementara berbanding merawat orang yang menghidapi HIV yang perlu mengambil ubat antiretroviral seumur hidup dan pastinya memakan belanja lebih besar,” kata Lukanisman menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai isu itu di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR – Kajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan Pre-exposure prophylaxis (PrEP) sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.
Demikian jawapan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berhubung pertanyaan mengenai kesan pemberian PrEP kepada kewangan negara bagi pelaksanaan projek perintis penggunaan ubat PrEP yang meletakkan kumpulan sasar individu 18 tahun ke atas, HIV seronegatif dan individu berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV.
View this post on Instagram
Pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di Dewan Rakyat hari ini.
Lukanisman berkata memandangkan projek perintis itu baru sahaja dilaksanakan, maka kajian berhubung kesan kewangan negara akan diteliti semula selepas tempoh pelaksanaan selesai, termasuk keperluan meneruskan projek berkenaan atau sebaliknya.
“PrEP adalah kaedah pencegahan tambahan yang ternyata berkesan yang perlu disediakan sebagai suplemen kepada usaha pencegahan sedia ada seperti advokasi abstinens, kondom, pengurangan risiko dan lain-lain.
“Mencegah dengan ubat PrEP adalah bersifat sementara berbanding merawat orang yang menghidapi HIV yang perlu mengambil ubat antiretroviral seumur hidup dan pastinya memakan belanja lebih besar,” katanya.
Beliau berkata jika individu menghidapi HIV mendapat komplikasi AIDS dan penyakit oportunistik rawatan akan menjadi lebih mahal serta melibatkan kos hospital dan rawatan rapi yang sangat tinggi.
Katanya, kos bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi berbanding pemberian PrEP yang hanya berharga RM320 bagi seorang untuk tempoh setahun.
Kementerian Kesihatan pada Disember lalu dilaporkan bakal melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times
Sumber : Youtube Parlimen Malaysia