Connect with us

Terkini

Kerajaan sedia wujudkan kerangka lantikan imam tetap, kontrak di negeri

Kerajaan bersedia mewujudkan kerangka khas perjawatan imam secara lantikan kontrak atau tetap di peringkat negeri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan sedia wujudkan kerangka lantikan imam tetap, kontrak di negeri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia berikutan perjawatan imam di peringkat negeri tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
  • Penyediaan kerangka itu akan dibuat berpandukan Seksyen 76 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505). – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • Seksyen berkenaan memperuntukkan pelantikan Naqib Masjid iaitu imam, imam ratib, bilal dan pembantunya perlu menjadi perjawatan awam am Persekutuan.
  • “Ia boleh dicadang kepada pihak berkuasa negeri untuk kerajaan negeri mewujudkan atau menyediakan peruntukan sama bagi membolehkan imam negeri berkenaan dilantik ke jawatan tetap,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai cadangan perjawatan imam secara lantikan kontrak di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mewujudkan kerangka khas perjawatan imam secara lantikan kontrak atau tetap di peringkat negeri.

Ia berikutan perjawatan imam di peringkat negeri tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata penyediaan kerangka itu akan dibuat berpandukan Seksyen 76 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505).

Katanya, seksyen berkenaan memperuntukkan pelantikan Naqib Masjid iaitu imam, imam ratib, bilal dan pembantunya perlu menjadi perjawatan awam am Persekutuan.

“Memandangkan ini di bawah kuasa negeri, kita boleh cadangkan kerangka seperti Akta 303 yang mana perjawatan tetap diberikan kepada imam di masjid di Wilayah Persekutuan.

“Ia boleh dicadang kepada pihak berkuasa negeri untuk kerajaan negeri mewujudkan atau menyediakan peruntukan sama bagi membolehkan imam negeri berkenaan dilantik ke jawatan tetap,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai cadangan perjawatan imam secara lantikan kontrak di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan asal, Mohd Na’im berkata, kadar imbuhan bulanan imam masjid kariah dinaikkan kepada RM850 sebulan melalui pembentangan Bajet 2017.

Sehubungan itu, katanya, peruntukan bernilai RM146.6 juta disalurkan ke negeri bagi pembayaran imbuhan bulanan kepada 14,373 imam masjid kariah di seluruh negara tahun lalu.

“Kerajaan Persekutuan sangat peka dan sentiasa mengkaji serta membuat penilaian berkaitan imbuhan bulanan imam masjid kariah berdasarkan situasi kewangan negara.

“Pemberian RM850 sebulan adalah berbentuk imbuhan, bukannya gaji dan tidak dapat dibanding dengan paras gaji minimum.

“Mereka turut dicarumkan dengan PERKESO dan menerima bantuan ‘one-off’ bernilai RM600 tahun ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *