Connect with us

Terkini

“Usah hancur keharmonian negara untuk terkenal,” – Lee Chong Wei bidas Guang Yik

Bekas-bekas pemain badminton negara mengecam keras ucapan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang kini merupakan jurulatih di China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

“Usah hancur keharmonian negara untuk terkenal,” - Lee Chong Wei bidas Guang Yik
Foto: Datuk Lee Chong Wei, Tan Boon Heong, Roslin Hashim
  • Pemain badminton negara mengecam keras ucapan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Bong Guang Yik.
  • Datuk Lee Chong Wei kesal dengan kenyataan itu dan menyatakan sukan mendukung rasa hormat dan tidak menerima sebarang sikap perkauman.
  • “Jangan sesekali sanggup menghancurkan keharmonian yang dibina oleh rakyat sejak berdekad-dekad, hanya demi mengejar untuk jadi terkenal,” katanya.
  • Tan Boon heong menasihati Guang Yik untuk mencari jalan yang betul dan lebih sesuai untuk mempromosikan perniagaannya.
  • Roslin Hashim, turut menggesa kerajaan dan persatuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap jurulatih China itu.

KUALA LUMPUR – Bekas-bekas pemain badminton negara mengecam keras ucapan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang kini merupakan jurulatih di China.

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kesal dengan kenyataan rasis yang dibuat Guang Yik dan menyatakan sukan mendukung rasa hormat dan tidak menerima sebarang sikap perkauman.

“Jangan sesekali sanggup menghancurkan keharmonian yang dibina oleh rakyat sejak berdekad-dekad, hanya demi mengejar untuk jadi terkenal,

“Anggap sahaja dia sebagai sebiji epal busuk, kawan-kawan,” katanya dalam satu hantaran Facebook yang dibuat hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas kecekapan dan kepantasan beliau dalam mengendalikan isu itu.

Sementara itu, Tan Boon Heong menasihati Guang Yik untuk mencari jalan yang betul dan lebih sesuai untuk mempromosikan perniagaannya.

“Jangan bercakap tentang agama orang lain, jika mahu jadi terkenal dan mempunyai tontonan tinggi, ini bukanlah caranya,” tulisnya dalam laman Facebook beliau selepas tular video ucapan rasis yang dibuat Guang Yik.

Seorang lagi bekas pemain badminton, Roslin Hashim, turut menggesa kerajaan dan persatuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap jurulatih China itu.

“Ini sudah terang-terangan buat kenyataan rasis kemudian cakap tentang agama pula,

“Kes pemain hoki pantas pula diambilkan tindakan,” kata beliau menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Guan Yik membuat kenyataan rasis yang mengatakan orang Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa niat untuk mengurus Persatuan Badminton Negara (BAM) dengan baik.

Kenyataan itu menjadi tular sejak kelmarin melalui perkongsian video dari pemilik akaun TikTok @ahboy282. 

 

Sumber: Facebook Lee Chong Wei, Facebook Tan Boon Heong, Facebook Roslin Hashim

Author