Connect with us

Antarabangsa

Lelaki India ditahan cuba ‘umpan’ penganut Hindu masuk Kristian

Seorang lelaki berusia 26 tahun di Bhopal ditahan atas tuduhan mempengaruhi penganut Hindu untuk menjadi Kristian dengan menawarkan pekerjaan lebih baik dan rawatan perubatan, lapor seorang pegawai polis pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki India ditahan cuba ‘umpan’ penganut Hindu masuk Kristian
Foto: ACP Shrutkirti
  • Hiralal Jamod 26 tahun di Bhopal ditahan atas tuduhan mempengaruhi penganut Hindu untuk menjadi Kristian dengan menawarkan pekerjaan lebih baik dan rawatan perubatan
  • Kejadian itu dilaporkan di sebuah kampung Kekadiya di bawah balai polis Ratibad. 
  • “Hasil soal siasat mendapati pelbagai jenis ‘umpan’ diberikan kepada mangsa seperti pendapatan dan kerja lebih baik, peluang menyembuhkan penyakit, dan sebagainya, dengan syarat perlu menukar agama.
  • “Angka mangsa yang sudah menukar agama masih tidak dapat dikenal pasti. Kami telah memfailkan Laporan Maklumat Pertama terhadap tertuduh di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Kebebasan Beragama Madhya Pradesh dan menahannya,” –  – ACP Shrutkirti Somvanshi.

 

Seorang lelaki berusia 26 tahun di Bhopal ditahan atas tuduhan mempengaruhi penganut Hindu untuk menjadi Kristian dengan menawarkan pekerjaan lebih baik dan rawatan perubatan, lapor seorang pegawai polis pada Isnin.

Memetik laporan Latestly, kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Ratibad di sebuah kampung Kekadiya. Tertuduh dikenal pasti sebagai Hiralal Jamod, 26, yang juga penduduk kampung tersebut.

ACP Shrutkirti Somvanshi berkata, “Kami menerima maklumat penukaran agama yang dilakukan oleh tertuduh Hiralal Jamod pada malam Ahad. Selepas menerima maklumat itu, tertuduh dan saksi yang terlibat dipanggil dan disoal siasat.

“Hasil soal siasat mendapati pelbagai jenis ‘umpan’ diberikan kepada mangsa seperti pendapatan dan kerja lebih baik, peluang menyembuhkan penyakit, dan sebagainya, dengan syarat perlu menukar agama. Tertuduh juga pernah menjemput orang ke rumahnya untuk melakukan aktiviti keagamaan,” tambahnya.

“Jumlah mangsa yang sudah menukar agama masih belum dipastikan setakat ini. Kami telah memfailkan Laporan Maklumat Pertama terhadap tertuduh di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Kebebasan Beragama Madhya Pradesh dan menahannya. Sementara itu, dua orang lagi yang terlibat sudah dijumpai, satu siasatan sedang dijalankan dan tindakan selanjutnya akan dilakukan,” ujarnya lagi.

Menurut ACP Shrutkirti, pengadu memberitahu pihak berkuasa kadang-kala orang yang berbeza datang ke rumah tertuduh. Mereka dipercayai memberi dana dan menyediakan sokongan lain untuk tertuduh. Siasatan dalam hal ini sedang dijalankan, dan tindakan akan diambil jika bukti ditemui.

 

Sumber: Latestly

Author