Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: Kadar Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini

Kadar inflasi kekal terkawal dan dijangka mencatat antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek ekonomi yang lebih perlahan serta harga komoditi yang lebih stabil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: Kadar Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022 berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan semasa 2021. – Tinjauan Ekonomi 2023
  • “Kementerian Kewangan (MoF) berkata bagaimanapun, tinjauan inflasi juga akan dipengaruhi oleh kenaikan naik dalam kadar pertukaran mata wang asing serta gangguan bekalan berterusan.”
  • “Secara empirikal, perubahan bagi satu mata peratusan untuk kadar pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah akan menyebabkan impak 0.337 dan 0.112 mata peratusan terhadap inflasi,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi kekal terkawal dan dijangka mencatat antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek ekonomi yang lebih perlahan serta harga komoditi yang lebih stabil.

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022 berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan semasa 2021.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata bagaimanapun, tinjauan inflasi juga akan dipengaruhi oleh kenaikan naik dalam kadar pertukaran mata wang asing serta gangguan bekalan berterusan.

“Secara empirikal, perubahan bagi satu mata peratusan untuk kadar pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah akan menyebabkan impak 0.337 dan 0.112 mata peratusan terhadap inflasi,” katanya.

Sementara itu, MoF berkata Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dijangka menyederhana selepas disumbangkan oleh kos input global yang stabil.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *