Terkini
Putra desak Guan Eng jelaskan siapa puak ekstremis?
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memperincikan siapakan golongan ekstremis yang dimaksudkannya.
- Pengerusi DAP, Lim Guan Eng digesa untuk memperincikan siapakah golongan ekstremis yang dimaksudkannya menerusi ciapan di Twitternya.
- Menurut Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif adakah tuntutan pengiktirafan Sijil UEC termasuk mempersoalkan hak kaum bumiputera yang dimaksudkan puak ekstremis?
- Katanya, pelbagai kerenah dilakukan pihak berkenaan seperti mendesak SOSMA dipinda kononnya mereka yang ditahan bawah akta itu adalah ekstremis.
- Shahrulufti mahu Guan Eng untuk belajar memahami ajaran dan akidah orang Islam kerana jika orang Islam menyentuh ajaran agama lain sudah pasti beliau melenting.
KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memperincikan siapakan golongan ekstremis yang dimaksudkannya.
Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif menegaskan, setahunya puak ekstremis adalah golongan yang selalu mempersoal dan mendesak agar dasar nasional yang terikat dengan asas Perlembagaan dipinda atas nama reformasi, hak asasi atau demokrasi.
“Tiba-tiba saja Guan Eng ajak rakyat supaya bersatu untuk mengalahkan puak ekstremis yang ingin melihat rakyat di negara ini saling bertelingkah.
“Siapakah puak ekstremis yang anda maksudkan? Bila bercakap, biar jelas dan nyatakan pihak mana, puak mana, individu mana, NGO mana atau parti mana?” tanyanya menerusi kenyataannya, hari ini.
Menerusi ciapan di Twitternya, Guan Eng dilaporkan mengajak rakyat bersatu mengalahkan puak ekstremis yang ingin memecahbelahkan agar menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara dan menghapuskan amalan rasuah.
“Hanya bila kita teguh bersama barulah Malaysia akan maju bersama dan Kerajaan Perpaduan yang berada di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong akan terus memberi fokus kepada ekonomi,” kata bekas Setiausaha Agung DAP itu.
Menurut Shahrulufti, apakah NGO Dong Zong yang menuntut diiktiraf Sijil UEC walaupun bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan termasuk mempersoalkan hak kaum bumiputera yang terjamin dalam perlembagaan yang dimaksudkan puak ekstremis?
Katanya, pelbagai kereneh dilakukan pihak berkenaan seperti mendesak SOSMA dipinda kononnya mereka yang ditahan bawah akta itu adalah ekstremis.
“Kalau betul Guan Eng ikhlas menentang ekstremis, mereka sepatutnya mendesak kerajaan kekalkan Akta SOSMA seperti asal dan kembalikan Akta ISA untuk polis dapat bertindak dengan cepat serta berkesan terhadap golongan itu.
“Persoalan untuk Guan Eng ialah apakah beliau sedar tanggungjawab orang Islam dari segi akidah seperti menentang judi dan mendesak judi diharamkan juga disifatkan ekstremis?
“Bagi umat Islam, perjuangan menegakkan hukum Allah berpaksikan penghayatan amal makruf nahi mungkar dan boleh dituduh sebagai ekstremis. Apakah perjuangan Malaysian Malaysia bukan ektremis?” soalnya.
Beliau mahu Ahli Parlimen Bagan itu belajar memahami ajaran dan akidah orang Islam kerana jika orang Islam menyentuh ajaran agama lain sudah pasti Guan Eng melenting.
“Persepsi selalunya orang Islam yang mahu hukum agama ditegakkan dituduh ekstremis dan orang Melayu yang mempertahankan hak bumiputera pula dituduh rasis.
“Manakala pihak lain yang jelas jahat dikatakan tidak rasis dan ekstremis. Hello! sedarlah sikit. Jangan pandai mahu berkokok sebelah pihak sahaja.
“Putra tegas dengan pendirian apa sahaja yang patut dihayati iaitu mendokong dan mendaulat Asas Perlembagaan Negara, Rule of Law dan Rukun Negara,” katanya.
Kata beliau, kebebasan demokrasi tidak boleh dibiarkan sehingga nyawa rakyat terancam dan negara musnah serta penghayatan hak asasi manusia boleh diterima selagimana tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam dan tidak bertentangan dengan nilai moral serta budaya masyarakat setempat.
Ujarnya lagi, jika betul mahu ekstremis dan rasis dibendung dengan berkesan, berilah sokongan agar Akta SOSMA tanpa pindaan dikekalkan serta Akta ISA dikembalikan. – MalaysiaGazette
Sumber: Malaysia Gazzette
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord