Connect with us

Terkini

Perlis akan tutup premis judi

Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perlis akan tutup premis judi
Foto: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli
  • Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
  • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata perkara itu sememangnya dalam perancangan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh kerajaan PN.
  • Pihaknya masih meneliti berhubung aspek peraturan, sekiranya selesai penilaian dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri, ia akan diisytiharkan.
  • Langkah penguatkuasaan itu sememangnya sudah dirancang oleh kerajaan negeri sebaik mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, katanya.

 

KANGAR: Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata perkara itu sememangnya ada dalam perancangan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh kerajaan PN.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya masih meneliti berhubung aspek peraturan untuk kita (kerajaan negeri) ambil tindakan seterusnya.

“Insya-Allah, jika selesai penilaian itu dan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri, saya akan isytiharkan sesuatu selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Tahun 2023 di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu sememangnya sudah dirancang oleh kerajaan negeri sebaik mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Saya akan pastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa unsur perjudian.

“Jadi, kita akan tunggu dan kaji dulu sebelum langkah berkenaan kita laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, berkata tindakan itu menyalahi hak asasi manusia.

“Kerajaan negeri seharusnya mengetatkan penguatkuasaan pertaruhan dan perjudian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

“Malah, daripada meneruskan langkah itu kerajaan negeri juga boleh memberi advokasi atau pengajaran kepada masyarakat mengenai tidak bagusnya kegiatan berjudi ini daripada meneruskan tindakan menutup premis judi seperti di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *