Antarabangsa
Peneroka haram Yahudi anjur tarian provokatif di pekarangan Masjid al-Aqsa
Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis yang diduduki pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.
- Ketegangan berlaku di Baitulmaqdis pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa.
- Mengeruhkan lagi keadaan, sebilangan besar pasukan polis Israel diarahkan di lorong-lorong Kota Lama untuk melindungi perarakan peneroka.
- Selain itu, pihak berkuasa Israel juga menyerang penduduk Palestin berhampiran Bab Hatta membawa kepada tercetusnya pergaduhan.
BAITULMAQDIS, 12 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis yang diduduki pada petang Selasa selepas sekumpulan peneroka haram Yahudi menganjurkan tarian provokatif dan melakukan ritual Talmud di Kota Lama dan berhampiran Masjid al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.
Mengeruhkan lagi keadaan, sebilangan besar pasukan polis Israel dikerahkan di lorong-lorong Kota Lama bagi melindungi perarakan peneroka.
Selain itu, pihak berkuasa Israel juga menyerang penduduk Palestin berhampiran Bab Hatta yang membawa kepada tercetusnya pergaduhan.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki telah ditahan ketika konfrontasi.
Tentera Israel juga menyerbu kejiranan Wadi Al-Rababa di Silwan dan menahan dua beradik, manakala satu pertiga penduduk di sana ditangkap di bandar Al-Ram.
Pada masa sama, aktivis Baitulmaqdis, Raeda Saeed tidak dibenarkan masuk ke Kota Lama selama 15 hari dan Masjid al-Aqsa selama enam bulan. – Agensi
Sumber: Ismaweb