Connect with us

Terkini

Pemimpin Islam seru lawan serangan Islamofobia di Eropah

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyed Ali Khamenei menyeru semua pihak bersatu padu bagi menentang serangan Islamofobia di Eropah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Islam seru lawan serangan Islamofobia di Eropah
Foto: Rasmus Paladun
  • Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyed Ali Khamenei menyeru semua pihak bersatu padu bagi menentang serangan Islamofobia di Eropah.
  • “Penghinaan yang tidak waras terhadap al-Quran dengan berselindung dalam kebebasan bersuara menunjukkan bahawa sasaran serangan adalah Islam dan al-Quran pada dasarnya,” katanya.
  • Beliau berkata demikian bagi memberi respon terhadap tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran baru-baru ini di Sweden.

 

TEHRAN – Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyed Ali Khamenei menyeru semua pihak bersatu padu bagi menentang serangan Islamofobia di Eropah.

“Penghinaan yang tidak waras terhadap al-Quran dengan berselindung dalam kebebasan bersuara menunjukkan bahawa sasaran serangan adalah Islam dan al-Quran pada dasarnya.

“Walaupun konspirasi kesombongan, al-Quran semakin popular hari demi hari dan masa depan adalah milik Islam.

“Semua pencari kebebasan di dunia harus bersatu dengan umat Islam menentang dasar kotor menghina kesucian dan menyebarkan kebencian,” katanya dalam ciapan Twitter dipetik Mehr News Agency.

Beliau berkata demikian bagi memberi respon terhadap tindakan pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark yang membakar al-Quran baru-baru ini di Sweden.

Rasmus Paludan kini di bawah perlindungan polis mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sabtu lalu.

Sumber: Mehr News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *