Connect with us

Terkini

Malaysia bergelut kekalkan sistem penjagaan kesihatan percuma – Menteri Kesihatan

Kerajaan semakin bergelut untuk mengekalkan sistem penjagaan kesihatan percuma terutama dalam berdepan peningkatan kos dan demografi menua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia bergelut kekalkan sistem penjagaan kesihatan percuma - Menteri Kesihatan
Foto: Dr Zaliha Mustafa (tengah).
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, bagaimanapun berkata masalah itu bukan hanya dihadapi Malaysia, malah turut berlaku di United Kingdom (UK).
  • “Sama seperti UK, Malaysia juga semakin bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan kita terutama dalam berdepan kenaikan kos dan demografik menua,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
  • “Satu rangka kerja untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih mampan dan berdaya tahan akan disediakan bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan semakin bergelut untuk mengekalkan sistem penjagaan kesihatan percuma terutama dalam berdepan peningkatan kos dan demografi menua.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, bagaimanapun berkata masalah itu bukan hanya dihadapi Malaysia, malah turut berlaku di United Kingdom (UK).

Katanya, seperti UK, Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan percuma yang menyediakan penjagaan berkualiti dengan cara yang saksama.

“Sama seperti UK, Malaysia juga semakin bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan kita terutama dalam berdepan kenaikan kos dan demografik menua,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Dr Zaliha memuat naik ciapan mengenai kehadiran beliau ke mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-152

Bagaimanapun, katanya beliau singgah sebentar di UK untuk menyertai perbincangan panel di Universiti Oxford.

“Perbincangan itu menekankan keperluan untuk menjamin perkhidmatan penjagaan kesihatan pada masa hadapan selaras dengan usaha Kertas Putih Kesihatan yang berterusan.

“Satu rangka kerja untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih mampan dan berdaya tahan akan disediakan bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Panel perbincangan itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular Universiti Oxford, Prof Dr Masliza Mahmod.

Perbincangan itu menyentuh beberapa topik, antaranya cabaran dihadapi sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan kolaborasi penyelidikan melangkaui sempadan.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *