Connect with us

Antarabangsa

Israel, Palestin bergaduh di PBB

Duta Israel ke PBB semalam mendakwa warga Palestin merosakkan usaha perdamaian apabila mendapatkan pandangan mahkamah tertinggi PBB..

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel, Palestin bergaduh di PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Duta Israel ke PBB mendakwa warga Palestin rosakkan usaha perdamaian apabila dapatkan pandangan mahkamah tertinggi PBB mengenai pencerobohan Israel.
  • Perutusan PBB ke Asia Barat, Tor Wennesland, beri amaran kitaran keganasan antara kedua-dua pihak akan berterusan berikutan peningkatan ketegangan politik dan proses damai yang tertangguh.
  • “Warga Israel dan Palestin terus bertembung dengan peningkatan retorik politik serta keganasan di Tebing Barat. Kedua-duanya memiliki kesan yang buruk.
  • “Dengan ketiadaan usaha terselaras dan kolektif dari semua pihak, dan sokongan kukuh komuniti antarabangsa, ekstremis dan pengacau akan terus tambah minyak ke dalam api dan situasi akan bergerak lebih jauh ke arah konflik berbanding perdamaian,” katanya.

NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendakwa warga Palestin merosakkan usaha perdamaian apabila mendapatkan pandangan mahkamah tertinggi PBB mengenai pencerobohan Israel.

Pada masa sama, perutusan Palestin ke PBB pula menuduh kerajaan baharu Israel cuba menindas rakyatnya.

Perutusan PBB ke Asia Barat, Tor Wennesland, memberi amaran kitaran keganasan antara kedua-dua pihak akan berterusan berikutan peningkatan ketegangan politik dan proses damai yang tertangguh, manakala mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan PBB mengenai konflik Israel-Palestin penuh dengan sindiran dan ancaman.

“Warga Israel dan Palestin terus bertembung dengan peningkatan retorik politik serta keganasan di Tebing Barat. Kedua-duanya memiliki kesan yang buruk.

“Dengan ketiadaan usaha terselaras dan kolektif daripada semua pihak, dan sokongan kukuh komuniti antarabangsa, ekstremis dan pengacau akan terus menambah minyak ke dalam api dan situasi akan bergerak lebih jauh ke arah konflik berbanding perdamaian,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Palestin memperoleh kelulusan Perhimpunan Agung PBB berhubung resolusi meminta campur tangan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dalam pertikaian paling lama di dunia mengenai pencerobohan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Meskipun keputusan ICJ itu tidak mengikat mana-mana negara, namun ia mempengaruhi pendapat antarabangsa.

Susulan kelulusan itu, kerajaan Israel pada 6 Januari lalu bertindak balas dengan meluluskan langkah menghukum rakyat Palestin. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan usul PBB itu bersifat anti-Israel yang melampau.

Sementara itu di Ramallah, Tebing Barat, tentera Israel menembak dan membunuh dua warga Palestin ketika serbuan di Tebing Barat, hari ini, ketika keganasan Israel-Palestin terus memuncak.

Agensi berita Wafa melaporkan, Jawad Bawatqa, 58, dan Adham Jabarin, ditembak di kem pelarian di Jenin di utara Tebing Barat.

Jawad adalah seorang guru, manakala kumpulan bersenjata Brigad Syahid Al-Aqsa yang juga sekutu Fatah yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin, mendakwa Adham adalah seorang daripada pejuangnya.

Pihak tentera Israel enggan mengulas lanjut kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

 

 

 

Author