Antarabangsa
Insiden bakar al-Quran bukan pertama kali berlaku – aktivis anti-Islamofobia Switzerland
Insiden pembakaran kitab suci umat Islam al-Quran yang merupakan tindakan Islamofobia, bukanlah pertama kali berlaku di Eropah.
- Insiden pembakaran al-Quran yang merupakan tindakan Islamofobia bukanlah pertama kali berlaku di Eropah.
- Seorang ahli akademik terkenal Switzerland, Tariq Ramadan mendedahkan bahawa insiden tersebut pernah terjadi di Belanda dan pusat tahanan Teluk Guantanamo yang terkenal.
- “Ia mengingatkan kita tentang masa gelap Eropah pada masa Perang Dunia Kedua dan layanan terhadap Yahudi,” katanya.
PERANCIS – Insiden pembakaran kitab suci umat Islam al-Quran yang merupakan tindakan Islamofobia, bukanlah pertama kali berlaku di Eropah.
Seorang ahli akademik terkenal Switzerland, Tariq Ramadan berkata insiden itu pernah berlaku di Belanda dan pusat tahanan Teluk Guantanamo.
Katanya, perbuatan itu memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam.
“Ia mengingatkan kita tentang masa gelap Eropah pada masa Perang Dunia Kedua dan layanan terhadap Yahudi,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Menurut Ramadan, “jenis provokasi” yang bertujuan untuk konfrontasi adalah self-fulfilling prophecy “…di mana kita mencetuskan emosi dan reaksi orang lain” dengan merosakkan nilai-nilai suci.
Pada 21 Januari lalu, seorang ahli politik ekstremis Sweden-Denmark, Rasmus Paludan telah membakar satu salinan al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dengan perlindungan polis dan mendapat kebenaran kerajaan Sweden.
Maghribi, Qatar, Türkiye dan banyak negara lain – serta pengguna media sosial – mengutuk tindakan biadab itu
Sumber: Anadolu Agency