Connect with us

Antarabangsa

Pembunuh ibu bapa sendiri kerana tidak terima perubahan jantina kini dilabel sebagai ‘wanita’ di penjara

Seorang lelaki yang mendakwa membunuh keluarganya hanya kerana mereka tidak menyokong perubahan jantinanya, kini dilabel sebagai ‘wanita’ secara senyap-senyap dalam sistem penjara Maine, Amerika Syarikat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pembunuh ibu bapa sendiri kerana tidak terima perubahan jantina kini dilabel sebagai ‘wanita’ di penjara
Foto: Andrew Balcer, 24
  • Andrew Balcer, 24, membunuh ayah, ibu dan anjing peliharaan pada Halloween 2016 hanya kerana mereka enggan menerima perubahan jantinanya.
  • Andrew kini dilabel sebagai ‘wanita’ secara senyap-senyap dalam sistem penjara Maine, Amerika Syarikat.
  • Abangnya merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat, selepas Andrew membenarkannya untuk melarikan diri ketika malam kejadian.
  • “Untuk mewajarkan pembunuhan ini hanya kerana identiti seksual atau kepercayaan kecelaruan jantina adalah benar-benar tindakan yang pengecut. Andrea (Andrew) sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana itu” – Bapa saudara, Carl Pierce.

 

Seorang lelaki yang mendakwa membunuh keluarganya hanya kerana mereka tidak menyokong perubahan jantinanya, kini dilabel sebagai ‘wanita’ secara senyap-senyap dalam sistem penjara Maine, Amerika Syarikat.

Andrew Balcer, 24, yang juga dikenali dengan nama Andrea dalam jantina baharunya, dipindahkan ke kemudahan yang tidak dikhususkan untuk mana-mana jantina, di mana dia berkemungkinan dipenjarakan bersama wanita.

Memetik laporan Reduxx, Andrew telah didakwa membunuh keluarganya pada malam sambutan Halloween tahun 2016.

Ibunya, Alice Balcer merupakan mangsa pertamanya malam itu. Andrew mengejutkan Alice yang sedang tidur untuk mengadu yang dia sukar untuk tidur. Apabila Alice memeluknya, Andrew langsung menikam belakang Alice sebanyak sembilan kali.

Andrew kemudian membunuh ayahnya, Antonio Balcer serta anjing peliharaan mereka.

Abangnya, Christopher Balcer merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat, memandangkan Andrew membenarkannya untuk melarikan diri selepas berkata “hari ini, bukan hari kamu”.

Setelah itu, Andrew sendiri menghubungi pihak polis mengakui jenayahnya sambil tertawa.

Pada awal prosiding mahkamah yang memakan masa bertahun-tahun itu, Andrew mendakwa motif jenayahnya itu ialah kerana keluarganya tidak menyokong perubahan jantinanya.

Namun dia menukar kenyataan beberapa hari sebelum dia dijadualkan untuk mengaku bersalah. Andrew tiba-tiba menuduh ibu dan bapanya melakukan penderaan fizikal dan seksual ketika dia berumur antara 14 dan 16 tahun.

Bagaimanapun, tuduhan Andrew itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Christopher.

“Tidak. Tidak. Tidak. Tidak. Tidak. Itu perkara paling tidak masuk akal yang pernah saya dengar dalam hidup saya. Lelaki itu (Antonio) tidak akan pernah menyentuh kami berdua,” kata Christopher.

Christopher turut meminta hakim untuk tidak menunjukkan sebarang kelonggaran dalam menjatuhkan hukuman terhadap “makhluk yang tidak berperikemanusiaan”, sekaligus menolak dakwaan Andrew didera.

Bapa saudaranya, Carl Pierce mempertikaikan motif jenayah Andrew dan menyifatkannya sebagai “penghinaan” kepada komuniti LGBTQ.

“Untuk mewajarkan pembunuhan ini hanya kerana identiti seksual atau kepercayaan kecelaruan jantina adalah benar-benar tindakan yang pengecut. Andrea (Andrew) sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana itu”.

 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *