Connect with us

Antarabangsa

Keadaan tidak sesuai untuk Muslim, Ahli politik dituduh buat kenyataan anti-India

Seorang ahli politik India dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan bahawa suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keadaan tidak sesuai untuk Muslim, Ahli politik dituduh buat kenyataan anti-India
Foto: Pemimpin kanan Parti Rashtriya Janata Dal (RJD), Abdul Bari Siddiqui
  • Seorang ahli politik dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.
  • “Saya telah beritahu kepada kedua anak saya untuk mendapatkan kerja di luar negara, dan jika boleh, dapatkan kerakyatan di sana juga. Suasana di India sekarang tidak betul.- kata pemimpin kanan Parti Rashtriya Janata Dal (RJD), Abdul Bari Siddiqui.
  • Disebabkan kenyataan itu, ia mendapat reaksi negatif daripada Setiausaha Agong OBC Parti Bharatiya Janata (BJP), Nikhil Anand tuntu agar Siddiqui dikenakan tuduhan menghasut kerana mengeluarkan kenyataan bersifat ‘anti-India’.

 

NEW DELHI, 26 Disember 2022 – Seorang ahli politik India dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan bahawa suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.

Dalam sebuah acara harian Urdu, pemimpin kanan Parti Rashtriya Janata Dal (RJD), Abdul Bari Siddiqui berucap mengenai kedua anaknya yang sedang menyambung pengajian di luar negara sekaligus mengatakan bahawa suasana di India tidak betul buat masa sekarang.

Katanya, “Saya telah beritahu kepada kedua anak saya untuk mendapatkan kerja di luar negara, dan jika boleh, dapatkan kerakyatan di sana juga. Suasana di India sekarang tidak betul.

Bagaimanapun, ia mendapat reaksi negatif daripada Setiausaha Agong OBC Parti Bharatiya Janata (BJP), Nikhil Anand yang menuntut agar Siddiqui dikenakan tuduhan menghasut kerana mengeluarkan kenyataan bersifat ‘anti-India’.

“Orang seperti Siddiqui sedang menjalankan agenda anti-nasional dan agama di bawah selindungan sekularisme. Mereka masih belum keluar dari budaya ghetto. Kenyataan Siddiqui mencerminkan ideologi RJD dan menunjukkan bagaimana RJD memainkan politik peredaan agama,” tegas Anand

Tambahnya, “Seseorang yang tidak percaya kepada negara dan Perlembagaannya sudah tentu seorang pengkhianat. Bos mana yang Siddiqui mahu gembirakan dengan kenyataan provokatif sedemikian? Lebih baik Siddiqui dan keluarganya pergi ke Pakistan.”

Lantaran itu, Siddiqui menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi tanpa membabitkan nama parti politik yang dipimpinnya.

 

Sumber: Samudera

Author