Connect with us

Terkini

Bukan keutamaan KPM untuk iktiraf UEC

Usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Bukan keutamaan KPM untuk iktiraf UEC
Foto: Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan
  • Kementerian akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.
  • “Apa-apa isu terkait rapat yang dibangkitkan seperti UEC kita akan lihat dari semasa ke semasa”
  • “Apa-apa berkait dengan manifesto juga akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manifesto PH semata-mata,” – Menteri Pendidikan

 

PUTRAJAYA – Usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebaliknya kata Menteri Fadhlina Sidek, kementerian akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manifesto PH semata-mata,” katanya menerusi sidang akhbar khas di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita berhubung kedudukan UEC dalam manifesto PH.

Pada PRU15 yang lalu, manifesto PH ada menggariskan mengenai Reformasi Pendidikan berkaitan UEC.

Difahamkan, usaha untuk mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Syaratnya, pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai supaya setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Sebelum ini Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf. – The Merdeka Times

Author