Terkini
Saingan lima penjuru di Pandan, Rafizi & Ong Tee Keat kembali berebut kawasan
Kerusi Parlimen Pandan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. Mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bersaing di kawasan itu ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon daripada Parti Warisan (Warisan) pula ialah Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.

- Mewakili PH bersaing di Pandan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon Warisan, Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.
- Tiga calon lain; Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee (BN); Ketua Pemuda Pas Pandan, Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) dan Nadia Hanafiah (GTA).
- Ia diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaihah Jamaluddin ketika sidang media Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, selepas tamat proses penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi, Sabtu tadi.
- Untuk rekod, Rafizi dan Ong Tee Keat merupakan bekas penyandang ahli Parlimen di kawasan berkenaan.
AMPANG – Kerusi Parlimen Pandan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bersaing di kawasan itu ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon daripada Parti Warisan (Warisan) pula ialah Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.
Tiga lagi calon ialah Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee mewakili BN; Ketua Pemuda Pas Pandan, Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) dan Nadia Hanafiah (GTA).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaihah Jamaluddin ketika sidang media Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, selepas tamat proses penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi, Sabtu tadi.
Untuk rekod, dua daripada lima calon bersaing di kerusi Parlimen Pandan itu merupakan bekas penyandang ahli Parlimen di kawasan berkenaan.
Rafizi pernah menjawat jawatan tersebut selepas PRU13 selama sepenggal manakala Ong Tee Keat yang merupakan bekas Menteri Pengangkutan pula selama dua penggal iaitu pada PRU11 dan PRU12.
Pada PRU14 lalu, kerusi tersebut disandang oleh bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya memenangi kawasan tersebut dalam persaingan lima penjuru dengan majoriti 52,543 undi.
Sumber : Sinar Harian

You must be logged in to post a comment Login