Connect with us

Terkini

PN yakin bentuk kerajaan tapi ‘not with PH’

Perikatan Nasional (PN) yakin untuk membentuk kerajaan dengan sokongan gabungan parti politik dari Sabah dan Sarawak selepas mendahului dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memenangi 73 kerusi Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PN yakin bentuk kerajaan tapi ‘not with PH’
Foto: Perikatan Nasional (PN) yakin untuk membentuk kerajaan dalam PRU15 dengan 73 kerusi.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) yakin untuk membentuk kerajaan dengan sokongan gabungan parti politik dari Sabah dan Sarawak selepas mendahului dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memenangi 73 kerusi Parlimen.

Berbaki enam kerusi Parlimen yang belum dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 3.05 pagi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pembentukan kerajaan persekutuan itu bagaimanapun tidak akan membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PN juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang sehaluan dengan prinsip perikatan itu untuk membentuk kerajaan pusat.

“Bagi tujuan pembentukan kerajaan persekutuan, saya kena bincang dengan pimpinan parti Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat. 

“Demi menjamin kestabilan, PN nak alu-alukan mana-mana parti yang sedia terima prinsip PN untuk bentuk sebuah kerajaan prihatin, bersih dan stabil. PN mempunyai kerusi mencukupi untuk bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas pimpinan tertinggi PN di sebuah hotel di Shah Alam awal pagi tadi.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ditanya pemberita adakah pembentukan kerajaan pusat itu akan membabitkan kerjasama dengan PH, Muhyiddin berkata, “Not with PH”.

Muhyiddin berkata pihaknya juga menerima surat daripada Istana Negara berhubung pembentukan kerajaan pusat jika mendapat sokongan parti-parti lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Jika berjaya membentuk kerajaan pusat, Muhyiddin berkata PN akan menumpukan kepada usaha melaksanakan semua tawaran manifesto ‘PN Best’.

Terdahulu, Muhyiddin yang turut mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh bersyukur atas kejayaan luar jangka PN yang disokong oleh gelombang pengundi baharu, terutama pengundi muda. 

Setakat jam 4.20 pagi, PH memenangi 81 kerusi, PN (73 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (GPS) 22 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah – GRS (6 kerusi), Warisan (3 kerusi) dan Barisan Nasional (30 kerusi), PBM (1 kerusi) dan Bebas (2 kerusi). – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *