Connect with us

Terkini

PN dedah lima parti minat sertai gabungan, termasuk Sabah

Sekurang-kurangnya lima parti politik dikatakan berminat menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN). Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mendakwa permohonan rasmi daripada parti di Sabah dan Semenanjung itu diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PN dedah lima parti minat sertai gabungan, termasuk Sabah
Foto: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
  • Lebih kurang lima parti politik dikatakan berminat menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) termasuk Sabah, demikian kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
  • Menurutnya, lima parti politik itu sudah pun menulis surat menyatakan kebersamaan namun permohonan mereka masih dalam proses penelitian, di samping untuk memberi tumpuan pada PRU15.
  • PN telah ditubuhkan menerusi gabungan PAS, BERSATU dan STAR sebelum disertai SAPP dan GERAKAN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selama 17 bulan.

LARUT – Sekurang-kurangnya lima parti politik dikatakan berminat menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN). 

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mendakwa permohonan rasmi daripada parti di Sabah dan Semenanjung itu diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula. 

“Ada banyak, lebih daripada lima. Dari Sabah ada, yang di Semenanjung pun ada. 

“Mereka sudah tulis surat mahu bersama kita tetapi permohonan masih dalam proses penelitian, di samping memberi peluang kita untuk fokus pada PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor di sini, hari ini. 

Pada 2020, PN dibentuk menerusi gabungan BERSATU, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebelum disertai Parti Maju Sabah (SAPP) dan GERAKAN.

PN mentadbir negara selama 17 bulan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *