Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Pemain Perancis ditekan untuk kritik Qatar

Kapten pasukan bola sepak Perancis, Hugo Lliros mendakwa pemain menerima terlalu banyak tekanan untuk mengkritik dan membantah Qatar menjelang Piala Dunia 2022 esok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Pemain Perancis ditekan untuk kritik Qatar
Foto: Hugo Lliros, Kapten pasukan bola sepak Perancis
  • Pemain pasukan kebangsaan Perancis menerima terlalu banyak tekanan untuk mengkritik Qatar dan membantah Piala Dunia 2022 – Kapten pasukan Perancis, Hugo Lliros.
  • “Anda perlu faham yang untuk pemain, peluang ini berlaku setiap empat tahun dan kita mahu setiap peluang untuk berjaya”.
  • “Fokus kami sepatutnya di atas padang. Selebihnya adalah untuk ahli politik. Kami adalah atlet”.
  • Qatar dikritik berhubung dakwaan penganiayaan terhadap pekerja asing terlibat dalam pembinaan stadium dan infrastruktur lain untuk kejohanan itu.
  • Merujuk kepada LGBT, negara itu juga menegaskan peminat dari seluruh dunia yang datang melawat perlu menghormati tradisinya.

Kapten pasukan bola sepak Perancis, Hugo Lliros mendakwa pemain menerima terlalu banyak tekanan untuk mengkritik dan membantah Qatar menjelang Piala Dunia 2022 esok.

“Sejujurnya, saya bersetuju (dengan sentimen FIFA),” kata Lloris dipetik Middle East Monitor.

“Terlalu banyak tekanan ke atas pemain. Kami berada di bahagian bawah rantaian,” katanya.

Lloris menegaskan jika tekanan terhadap Qatar terpaksa dikenakan, ia sepatutnya berlaku sepuluh tahun lalu.

“Sekarang sudah terlambat. Anda perlu faham yang untuk pemain, peluang ini berlaku setiap empat tahun dan kita mahu setiap peluang untuk berjaya.

“Fokus kami sepatutnya di atas padang. Selebihnya adalah untuk ahli politik. Kami adalah atlet,” katanya.

Lloris turut menjelaskan tekanan tambahan dihadapi Perancis di Qatar, “untuk menjadi juara bertahan bukanlah satu tugas yang mudah. ​​Jika anda melihat tiga juara terakhir sebelum ini, mereka bergelut dan tidak melalui peringkat kumpulan (dalam pertandingan berikutnya)”.

Awal bulan ini, badan induk dunia bola sepak FIFA menggesa semua negara untuk memberi tumpuan pada bola sepak dan tidak menumpukan perhatian kepada politik yang berlaku di negara tuan rumah.

Qatar dikritik berhubung dakwaan penganiayaan terhadap pekerja asing yang terlibat dalam pembinaan stadium dan infrastruktur lain untuk kejohanan itu.

Merujuk kepada LGBT, negara itu juga menegaskan peminat dari seluruh dunia yang datang melawat perlu menghormati tradisinya.

Banyak negara Arab dan Islam, serta kerajaan di Doha, percaya tekanan ke atas Qatar tiada kaitan dengan rekod hak asasi manusia atau dakwaan penganiayaan pekerja kerana ia juga berlaku di banyak negara lain, termasuk Eropah.

Sebaliknya, mereka percaya ia lebih kepada perkauman dan ucapan kebencian terhadap negara Arab dan Islam.

Minggu lalu, Menteri Buruh Ali Al-Marri berkata Qatar tidak akan bertolak ansur dengan ucapan kebencian terhadap negara itu atau pasukannya.

Sumber: Middle East Monitor

 

Author