Connect with us

Antarabangsa

Pemandu bas enggan berhenti untuk penumpang solat timbulkan kontroversi di Turki

Keengganan seorang pemandu bas jarak jauh untuk berhenti supaya penumpang boleh menunaikan solat di Turki mencetuskan perdebatan baharu mengenai sekularisme di negara majoriti Islam itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemandu bas enggan berhenti untuk penumpang solat timbulkan kontroversi di Turki
  • Pemandu bas di Turki enggan berhenti untuk memberi peluang penumpang untuk menunaikan solat.
  • Bas itu sedang dalam perjalanan dari wilayah Van dekat sempadan Iran ke Izmir melalui Turki yang mengambil masa lebih 24 jam.
  • Syarikat pengangkutan, Oz Ercis menegaskan mereka perlu mematuhi jadual perjalanan dan menghormati masa penumpang lain yang tidak perlu solat.
  • Ramai memuji syarikat itu kerana berani mempertahankan sekularisme, manakala yang mengkritik pula berkata tidak akan menggunakan perkhidmatan syarikat pengangkutan itu lagi.

Keengganan seorang pemandu bas jarak jauh untuk berhenti supaya penumpang boleh menunaikan solat di Turki mencetuskan perdebatan baharu mengenai sekularisme di negara majoriti Islam itu.

Arab News melaporkan seorang penumpang menceritakan pengalaman itu di Twitter hingga menarik perhatian syarikat pelancongan, Oz Ercis.

Bas itu dalam perjalanan yang panjang dari wilayah Van berhampiran sempadan Iran ke Izmir melalui Turki yang mengambil masa lebih 24 jam.

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan keenganan mereka adalah disebabkan perlu mematuhi jadual perjalanan.

“Tidak mungkin kami mengabaikan hak penumpang lain yang tidak solat dan yang ingin tiba di destinasi tepat pada waktunya, untuk penumpang solat,” kata kenyataan firma pelancongan itu yang menimbulkan polemik.

Seorang peguam Tuncay Keserci berkata, “Syarikat itu sedang berada di tengah-tengah kontroversi mengenai sekularisme. Kami dipilih sebagai sasaran. Tetapi kami menghormati semua kepercayaan,”

“Kami menjadi mangsa, seolah-olah kami menghalang orang daripada solat,” kata Keserci menambah penumpang terbabit dapat menunaikan solat apabila bas berhenti di kawasan rehat kemudiannya.

Susulan itu, ramai penyokong sekularisme memuji Oz Ercis kerana “keberanian” dalam mempertahankan sekularisme, manakala pengkritik berkata mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan syarikat itu lagi.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *