Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindu, pegawai polis tidak bertugas serang Kristian beribadah di India

Polis tempatan enggan merekodkan aduan 15 penganut Kristian yang diserang ketika menjalankan aktiviti ibadah oleh segerombolan nasionalis Hindu diiringi seorang pegawai polis yang tidak bertugas. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindu, pegawai polis tidak bertugas serang Kristian beribadah di India
Foto: Sumber Hindutva TV Watch.
  • 15 penganut Kristian diserang segerombolan nasionalis Hindu dan seorang pegawai polis tidak bertugas ketika sedang beribadah di rumah persendirian di Chhattisgarh pada 21 Oktober, kira-kira jam 9 malam.
  • Sehingga kini, pihak polis tempatan masih enggan merekodkan aduan mereka atas sebab mereka diarahkan untuk tidak memfailkan sebarang kes penganiayaan Kristian.
  • Pihak polis juga turut menghina agama Kristian ketika mangsa datang membuat aduan

INDIA: Polis tempatan enggan merekodkan aduan 15 penganut Kristian yang diserang ketika menjalankan aktiviti ibadah oleh segerombolan nasionalis Hindu diiringi seorang pegawai polis yang tidak bertugas. 

Hindutva Watch melaporkan polis mendakwa mereka diarahkan untuk tidak memfailkan sebarang kes penganiayaan Kristian.

Penganut Kristian terbabit didakwa diserang di sebuah rumah persendirian di timur Chhattisgarh kira-kira jam 9 malam pada 21 Oktober lalu.

Kumpulan Christian Solidarity Worldwide (CSW) berpangkalan di UK melaporkan, penyerang turut menuntut mereka meninggalkan agama mereka.

Dengan bantuan Forum Kristian Chhattisgarh, mangsa dibawa bertemu dengan Penguasa Polis Daerah Sukma dan ketua pengarah polis negeri tetapi Balai Polis Golampalli masih belum mendaftarkan aduan itu setakat minggu ini.

Lebih memburukkan keadaan, pegawai polis yang bertugas ketika itu didakwa menghina agama Kristian.

Pada 25 Oktober lalu, tiga pegawai, termasuk konstabel Kristian yang diserang, dilaporkan telah digantung tugas.

“Penyasaran berterusan penganut Kristian oleh fundamentalis agama sayap kanan, termasuk di rumah mereka sendiri, adalah amat membimbangkan, begitu juga dakwaan berkaitan penguatkuasaan undang-undang dalam serangan yang dilakukan terhadap agama minoriti,” kata Pengasas dan Presiden CSW, Mervyn Thomas.

Pada September, Mahkamah Agung India mengarahkan lapan negeri, termasuk Chhattisgarh, untuk mengesahkan dakwaan kumpulan Kristian yang memfailkan petisyen untuk perlindungan selepas kira-kira 200 serangan dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama 2022.

Sumber: Hindutva TV Watch

Author