Antarabangsa
Patahkan lutut lelaki Dalit, pegawai polis buat laporan ke atas dirinya sendiri
Seorang pegawai polis dari Balai Polis Balipatna, Odisha, India terpaksa membuat laporan polis terhadap dirinya kerana memukul seorang pemuda Dalit, demikian lapor Kalinga TV.
- Seorang pegawai polis balai polis Balipatna, Odisha, India terpaksa membuat laporan polis terhadap dirinya kerana memukul seorang pemuda Dalit.
- Pegawai polis dikenali sebagai IIC Krupasindhu Barad terpaksa berbuat demikian ekoran arahan Deputi Komisioner Polis (DCP).
- Seorang pemuda Dalit ditahan di balai polis Balipatna. Kemudian, isteri mangsa mengadu di hadapan DCP bahawa suaminya dipukul pegawai polis itu hingga patah lututnya.
- Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
INDIA – Seorang pegawai polis dari Balai Polis Balipatna, Odisha, India terpaksa membuat laporan polis terhadap dirinya kerana memukul seorang pemuda Dalit, demikian lapor Kalinga TV.
Menurut sumber, pegawai polis dikenali sebagai IIC Krupasindhu Barad terpaksa berbuat demikian ekoran arahan Deputi Komisioner Polis (DCP).
Kes itu dilaporkan terhadap Krupasindhu Barad dan SI Rakesh Samal.
Tiga hari lalu, seorang pemuda Dalit bernama Saroj Bhoi ditahan di Balai Polis Balipatna.
Kemudian, isteri Saroj mengadu di hadapan DCP bahawa suaminya dipukul pegawai polis sehingga patah lututnya.
Selepas menerima aduan itu, DCP mengarahkan pegawai polis terbabit memfailkan kes terhadap diri mereka di balai polis berkenaan.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
Sumber: Kalinga TV