Connect with us

Terkini

MPN selar gerakan Profesor Melayu G70, guna gelaran Profesor walau sudah bersara

Majlis Profesor Negara (MPN) menyelar tindakan gerakan Profesor Melayu G70 yang masih menggunakan gelaran itu walaupun sebahagian besarnya sudah bersara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MPN selar gerakan Profesor Melayu G70, guna gelaran Profesor walau sudah bersara
Foto: Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, Presiden MPN
  • “Majlis Profesor Negara (MPN) menyedari terdapat gerakan menggelarkan kumpulan mereka sebagai Profesor Melayu G70 yang mengadakan Sidang Media Khas untuk menyatakan pendirian mereka serta keluarkan deklarasi sokong pihak tertentu dalam PRU-15.”
  • “MPN ingin menegaskan tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam tindakan berkenaan serta dapati dari 70 orang menggelarkan diri Profesor Melayu G70 itu terdapat sejumlah besar dari mereka sudah bersara,” – Presiden MPN
  • Mereka yang bersara tidak boleh guna gelaran Profesor kecuali jika dilantik sebagai Profesor Emeritus dan juga ahli kepada pergerakan tertentu.

 

KUALA LUMPUR – Majlis Profesor Negara (MPN) menyelar tindakan gerakan Profesor Melayu G70 yang masih menggunakan gelaran itu walaupun sebahagian besarnya sudah bersara.

Presidennya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ketika ini, MPN mempunyai lebih 3,000 ahli penuh yang juga Profesor dari Universiti Awam dan Swasta dan lebih 7,000 Profesor Madya sebagai Ahli Bersekutu.

“Terdapat juga lebih 200 tokoh industri yang pakar dalam bidang masing-masing dipelawa menyertai MPN sebagai Ahli Kehormat.

“Bagaimanapun, MPN menyedari terdapat gerakan menggelarkan kumpulan mereka sebagai Profesor Melayu G70 yang mengadakan Sidang Media Khas untuk menyatakan pendirian mereka serta mengeluarkan deklarasi menyokong pihak tertentu dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15) yang akan diadakan pada 19 November ini.

“Berikutan itu, MPN ingin menegaskan tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam tindakan berkenaan serta mendapati dari 70 orang yang menggelarkan diri sebagai Profesor Melayu G70 itu terdapat sejumlah besar dari mereka sudah bersara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Raduan berkata, mereka yang sudah bersara tidak boleh menggunakan gelaran Profesor kecuali jika dilantik sebagai Profesor Emeritus dan juga ahli kepada pergerakan tertentu.

“MPN ingin menyatakan pendirian untuk menghormati hak individu termasuk profesor mempunyai hak kebebasan bercakap dan bersuara, mengeluarkan pendapat dan buah fikiran serta berpersatuan selaras Perkara 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai pertubuhan yang mewakili para ilmuwan tertinggi negara, MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik ahli dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan status sebagai Pemikir Negara,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *