Connect with us

Terkini

Mansuh tol PLUS, Guan Eng perlu jelaskan pada rakyat

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kepada rakyat bagaimana beliau dan Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Mansuh tol PLUS, Guan Eng perlu jelaskan pada rakyat
  • Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kepada rakyat bagaimana beliau dan Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
  • Adakah ia akan membabitkan pampasan, kontrak konsesi lebuhraya dipendekkan atau mekanisme lain serta bagaimana penyelenggaraan lebuhraya terbabit selepas tol dimansuhkan.
  • Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata Guan Eng perlu menjelaskan perkara itu kepada rakyat atau ia sekadar pandangannya dan bukan manifesto PH yang boleh diterima pakai umum.
  • “Kalau mana-mana parti berhujah mahu menghapuskan tol, kena perincikanlah sebab akan persoalkan mampu ke tidak untuk hapuskan tol ini,” kata Azizuddin.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kepada rakyat bagaimana beliau dan Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Adakah ia akan membabitkan pampasan, kontrak konsesi lebuhraya dipendekkan atau mekanisme lain serta bagaimana pula dengan penyelenggaraan lebuhraya terbabit selepas tol dimansuhkan.

Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata Guan Eng perlu menjelaskan perkara itu kepada rakyat.

Jika tidak, katanya, ia hanyalah sekadar pandangan dan bukannya manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) yang boleh diterima pakai umum.

“Kalau mana-mana parti berhujah mahu menghapuskan tol, kena perincikanlah sebab saya akan persoalkan mampu ke tidak untuk menghapuskan tol ini.

“Sebab banyak melibatkan konsensi tol dengan pihak syarikat PLUS dan sebagainya. Sama ada kerajaan kena bayar pampasan, kontrak dipendekkan dan penyelenggaraan bagaimana, kalau konsesi ditamatkan. 

“Jadi, banyak perkaralah kena dijelaskan. Tidak boleh cakap bagi PH lima tahun tol ini jamin akan ditamatkan,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.  

Azizuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng, yang juga bekas Menteri Kewangan selama 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, bahawa PH akan memansuhkan tol PLUS jika diberi mandat mentadbir selama lima tahun pada PRU15

Guan Eng dilaporkan berkata PH berjaya mengurangkan bayaran tol 18 peratus ketika memerintah selama 22 bulan, namun kenyataan pemimpin DAP itu dilihat sebagai janji politik kitar semula untuk menarik pengundi.

Azizuddin berkata, selain Guan Eng, rakyat perlu menunggu pandangan daripada PH sendiri secara lebih terperinci.

“Sebab benda ini selalu dibangkitkan semasa pilihan raya umum. Ia pernah terjadi, yang terjadi adalah penurunan nilai harga tol itu berlaku semasa pemerintahan PH. Jadi setakat ini, lebih pada pandangan Guan Eng.

“Kita hendak tengok juga bagaimana pandangan PH. Kalau betul, kena jelaskan apa benda cara menamatkan tol konsesi utara selatan ini,” kata Azizuddin

Menurutnya, jika berlaku lompat parti lagi, maka Guan Eng tidak berkesempatan untuk menghapuskan tol itu dalam tempoh singkat.

“Kalau bagi mandat lima tahun mungkin dia boleh buat, cuma kita nak tengok lima tahun itu apa benda yang dia hendak buat. 

“Apabila membayar pampasan pula memang melibatkan duit rakyat. Jadi, perkara-perkara ini rakyat kena tahulah. 

“Tol PLUS ini juga merupakan sumber pendapatan kerajaan. Memanglah (tol) boleh dihapuskan tapi apa caranya? Kita mahu tahu cara itu,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *