Connect with us

Terkini

Manifesto PN, PH lebih komprehensif dan realistik- penganalisis

Manifesto parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih komprehensif menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Manifesto PN, PH lebih komprehensif dan realistik- penganalisis
Foto: Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
  • Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, manifesto PH dan PN lebih komprehensif berbanding BN.
  • Menurutnya, manifesto yang diketengahkan PH lebih dekat dengan jiwa rakyat terutama orang muda tanpa mengira lapisan masyarakat.
  • “PH cerdik dan PN pun bagus, kerana ada juga bercakap tentang kebajikan tetapi pada masa sama PN juga menyentuh aspek-aspek yang berkait seperti BN sebutkan seperti pemulihan ekonomi walaupun umum.
  • “Jadi, saya tengok antara ketiga-tiga manifesto, BN ini untuk tertumpu kepada B40, manakala, PH ini ada semua elemen, semua akan tertarik. PN saya nampak dia lebih kepada kebajikan tetapi nampak lebih komprehensif berbanding BN,” kata Mazlan.

KUALA LUMPUR – Manifesto parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih komprehensif menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, paling menyentuh kerangka reformasi negara adalah manifesto dari PH.

“Saya nampak PH menyentuh bahawa kerajaan akan memfokus kepada penambah nilai kepada sektor-sektor untuk mewujudkan pekerjaan. 

“Perkara-perkara sebegini boleh menarik (perhatian rakyat). Antaranya apabila parti itu menyentuh isu-isu berkait dengan tawaran seperti kos sara hidup dan memerangi rasuah yang mustahak. Tak banyak orang cakap mengenai ini. 

“Kemudian, memperkasakan peluang-peluang ekonomi, kesaksamaan jantina dan isu kartel. Ini semua untuk jangka masa panjang,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain PH, menurutnya, manifesto PN juga tidak kurang hebatnya yang mencerminkan kecerdikan pemimpin-pemimpin yang menganggotai parti berkenaan.

“PH cerdik dan PN pun bagus, kerana ada juga bercakap tentang kebajikan tetapi pada masa sama PN juga menyentuh aspek-aspek yang berkait seperti BN sebutkan seperti pemulihan ekonomi walaupun umum,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai manifesto BN, katanya, ia bersifat pemberian ‘one-off’ dan lebih tertumpu kepada golongan B40.

Menurutnya, kelompok M40 dan T20 lebih tertarik kepada manifesto-manifesto yang bersifat reformasi seperti yang diusulkan parti PH.

“Kesimpulannya, BN banyak memberi janji berbentuk pemberian one-off atau sekali sahaja dan insentif-insentif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

“Dalam PN pula saya nampak dia ada sebut pasal moratorium dan internet. Banyak juga bantuan one-off tetapi ia lebih komprehensif berbanding BN. 

“Jadi, saya tengok antara ketiga-tiga manifesto, BN ini untuk tertumpu kepada B40, manakala, PH ini ada semua elemen, semua akan tertarik. PN saya nampak dia lebih kepada kebajikan tetapi nampak lebih komprehensif berbanding BN,” katanya.

Jelas Mazlan, anak-anak muda pada masa kini menginginkan janji yang realistik dari parti politik dan menyimpulkan secara keseluruhan bahawa parti PH dan PN bersifat lebih realistik dan komprehensif. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *