Terkini
KJ, Ismail Sabri perlu menang untuk UMNO berubah
Khairy Jamaluddin menyuarakan sokongannya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan pembaharuan dalam parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
- KJ berkata pentingnya untuk sampaikan mesej bahawa Ismail Sabri adalah calon BN jadi Perdana Menteri dan gelombang seterusnya digerakkan oleh calon muda UMNO, termasuk dirinya.
- Katanya, kita punya bilangan calon muda kali pertama tak pernah dilihat jumlahnya sebelum ini yang saya fikir, kurang dilaporkan dan dihargai seperti Shahril Hamdan dan Khairul Azwan Harun, juga akan menyumbang kepada pembaharuan ini.
- Menurutnya, pemimpin-pemimpin ini akan membawa lebih kedinamikan, akauntabiliti dan integriti kepada UMNO, yang akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti dan meyakinkan mereka mengenai kestabilan UMNO.
- Ujarnya, penting bagi beliau dan Ismail Sabri untuk menang dalam PRU15, sebelum boleh melakukan perubahan.
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menyuarakan sokongannya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan pembaharuan dalam parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berkata, penting untuk menyampaikan mesej bahawa Ismail Sabri adalah calon BN untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau akan berada di tampuk perubahan sekali gus mengetuai pembaharuan dalam UMNO dan perubahan pemimpinnya.
“Saya berharap boleh berada bersama-sama untuk menyokongnya,” katanya seperti dilapor portal berita FMT, hari ini.
Khairy berkata, gelombang seterusnya akan digerakkan oleh calon muda UMNO, termasuk dirinya yang akan memainkan peranan penting dalam kepimpinan parti.
“Kita mempunyai bilangan calon muda kali pertama yang tak pernah dilihat jumlahnya sebelum ini yang saya fikir, kurang dilaporkan dan dihargai.
“…dan individu lain dalam generasi saya, seperti Shahril Hamdan dan Khairul Azwan Harun, juga akan menyumbang kepada pembaharuan ini,” katanya.
Pemimpin-pemimpin ini akan membawa lebih kedinamikan, akauntabiliti dan integriti kepada UMNO, yang akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti dan meyakinkan mereka mengenai kestabilan UMNO.
“Terdapat keyakinan yang luar biasa dalam kalangan akar umbi dan rakan sekerja saya untuk melihat pembaharuan ini,” katanya.
Khairy menggesa pengundi supaya memberi peluang kepada calon muda kali pertama ini untuk menunjukkan mereka boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
Katanya, penting bagi beliau dan Ismail Sabri untuk menang dalam PRU15, sebelum boleh melakukan perubahan.
Minggu lalu, Khairy berkata, ramai pemimpin dalam UMNO takut untuk bangkit dan meminta perubahan kerana ahli parti perlu mengekalkan disiplin hingga pilihan raya selesai.
Beliau mahu melihat pembaharuan dalam partinya dan memenangi semula hati bekas penyokong.
Sumber : Berita Harian