Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan Britain gugur usaha merangka definisi rasmi Islamofobia

Kerajaan Britain  mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu, ketika kebimbangan mengenai isu itu yang tidak diambil tindakan makin memuncak, demikian lapor The Independent. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Britain gugur usaha merangka definisi rasmi Islamofobia
Foto: Parlimen Britain.
  • Kerajaan Britain  mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu.
  • Umat ​​Islam adalah kumpulan yang sering disasarkan bagi jenayah kebencian agama di England dan Wales.
  • Ahli Parlimen Buruh, Afzal Khan akan membahaskan mengapa perdana menteri tidak menjawab mana-mana suratnya mengenai ketaksuban itu selama dua tahun.
  • Definisi formal bagi Islamofobia perlu untuk membantu mengukuhkan usaha memahami ketaksuban dan perpecahan di negara barat itu.

Kerajaan Britain  mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu, ketika kebimbangan mengenai isu itu yang tidak diambil tindakan makin memuncak, demikian lapor The Independent. 

Umat ​​Islam adalah kumpulan yang sering disasarkan bagi jenayah kebencian agama di England dan Wales, manakala rentetan skandal berlaku mendedahkan kebencian anti-Muslim dalam Parti Konservatif.

Menteri-menteri akan ditanya mengenai isu itu di Parlimen pada Selasa yang menandakan bermulanya Bulan Kesedaran Islamofobia di United Kingdom.

Ahli Parlimen Buruh, Afzal Khan akan membangkitkan isu itu bagi bertanyakan mengapa perdana menteri tidak menjawab suratnya mengenai ketaksuban itu selama dua tahun.

“Tindakan yang kurang dilakukan daripada mereka sejak 2018, ditambah pula dengan dakwaan terkutuk dibuat Ahli Parlimen Konservatif Nusrat Ghani, semuanya menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil serius berkenaan isu itu,” katanya kepada The Independent.

Pada Mei 2019, mendiang James Brokenshire yang juga setiausaha komuniti berkata, kerajaan akan menetapkan definisi Islamofobia.

“Untuk mendapatkan cengkaman yang lebih kukuh mengenai sifat ketaksuban dan perpecahan ini, kami bersetuju bahawa perlu ada definisi formal bagi Islamofobia untuk membantu mengukuhkan usaha kami menangani isu itu,” katanya.

Seorang penasihat dilantik bagi usaha itu, namun ia dihentikan selepas Boris Johnson menjadi perdana menteri dengan setiausaha komuniti semasa, Michael Gove pula menentang usaha memberikan definisi Islamofobia itu.

Sumber: Independent UK

 

Author