Connect with us

Antarabangsa

Keluarga Kristian diancam setiap hari oleh pelampau Hindu di India

Akibat tuduhan palsu menukar agama, seorang wanita beragama Kristian dan keluarganya diserang dan diancam selepas ditahan ketika majlis sambutan hari jadi anak lelakinya di New Delhi, demikian lapor Hindutva Watch.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keluarga Kristian diancam setiap hari oleh pelampau Hindu di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Akibat tuduhan palsu menukar agama, seorang wanita beragama Kristian dan keluarganya diserang dan diancam selepas ditahan ketika majlis sambutan hari jadi anak lelakinya di New Delhi, demikian lapor Hindutva Watch.

“Kehidupan kami bertukar menjadi neraka kerana kami berjuang untuk bertahan setiap hari dengan anak lelaki kami yang berusia tujuh tahun,” kata suaminya, Mahendra Kumar dipetik Morning Star News. 

“Kami menghadapi ancaman setiap hari dan tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” kata Mahendra.

Isterinya, Indrakla adalah salah seorang daripada enam wanita, empat darinya beragama Kristian, yang ditahan atas tuduhan melakukan penipuan penukaran agama.

Penahanan mereka dibuat ekoran aduan ahli ekstremis Hindu Vishwa Hindu Parishad (Majlis Hindu Sedunia) pada 30 Julai lalu di Maharajganj di daerah Azamgarh, Uttar Pradesh.

“Kami telah menjadi sasaran beberapa kali lagi selepas memfailkan aduan balas berhubung gangguan dan serangan yang kami hadapi,” kata Indrakla.

Enam wanita itu ditahan apabila pelampau Hindu menceroboh majlis hari jadi anak lelaki tunggal pasangan itu pada 30 Julai lalu di perkampungan Bishunpura di Maharajganj, menuduh mereka menggunakan majlis itu untuk menutup aktiviti penukaran agama mereka. 

Mereka ditahan di penjara selama lebih sebulan sebelum diikat jamin.

Sejak itu, Kumar mengalami dua serangan iaitu sebuah kereta cuba merempuhnya yang sedang menunggang motosikal bersama anaknya selain keluarganya turut menerima beberapa ugutan

Pada 21 Oktober lalu, Kumar dan isterinya terjaga seawal 2 pagi kerana beberapa orang mengetuk pintu rumah mereka.

Selepas Indrakla dibebaskan dengan ikat jamin pada 1 September lalu, keluarga itu memilih untuk tidak pulang ke rumah sewa mereka apabila mengetahui pelampau Hindu merancang untuk menyerang mereka. 

Bagaimanapun, ancaman dan gangguan berterusan sekembalinya mereka ke rumah pada Oktober lalu.

Sumber: Hindutva Watch

Author