Connect with us

Terkini

Kaji selidik dakwa BN kalah hanya propaganda pembangkang – PM

Kaji selidik yang dijalankan beberapa pihak yang mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya propaganda pihak pembangkang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kaji selidik dakwa BN kalah hanya propaganda pembangkang - PM
Foto: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaji selidik beberapa pihak yang mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanyalah propaganda pihak pembangkang.
  • Salah satu kajian dari Invoke Malaysia mendakwa pembangkang mampu memenangi lima negeri antaranya Kelantan, Selangor, Kedah Perak dan Johor.
  • “Jangan terpengaruh kerana ini adalah perang psikologi parti pembangkang untuk mempengaruhi pengundi atas pagar,” kata Ismail Sabri.
  • Beliau juga berkata pihak yang menjalankan kaji selidik pasti akan menyebelahi mereka yang membayar mereka untuk berbuat demikian.

BERA: Kaji selidik yang dijalankan beberapa pihak yang mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya propaganda pihak pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaji selidik itu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk tepat kerana hanya dijadikan alat pihak berkepentingan mengelirukan pengundi.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Bera memaklumkan selepas PRU14 tiada mana-mana pihak yang boleh mendakwa mereka pasti menang dalam pilihan raya.

“Jangan terpengaruh kerana ini adalah perang psikologi parti pembangkang untuk mempengaruhi pengundi atas pagar.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan dakyah sedemikian dan terus yakin dengan BN,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Penduduk Mengkarak Station, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak dan badan bebas memaklumkan kaji selidik yang dijalankan mereka menunjukkan BN akan kalah dalam PRU15, Sabtu ini.

Pihak yang menjalankan kajian antaranya Invoke Malaysia yang mendakwa pembangkang mampu memenangi lima negeri antaranya Kelantan, Selangor, Kedah Perak dan Johor.

Ismail Sabri berkata, pihak yang menjalankan kaji selidik pasti akan menyebelahi mereka yang membayar mereka untuk berbuat demikian.

“Pihak yang buat kaji selidik pasti akan menyebelahi pihak yang membayar mereka dan jangan tertipu dengan perkara itu.

“Jangan sesiapa berasa selesa dan boleh umum pasti menang tetapi perlu bekerja keras kerana selepas PRU-14 tiada jaminan akan menang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *