Terkini
Jawatan perdana menteri masih kosong – Anwar Ibrahim
Istana Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu buat masa ini.

KUALA LUMPUR: Istana Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu buat masa ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.
View this post on Instagram
Ditanya mengenai sama ada keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10, Anwar berkata ia adalah hak mutlak Agong.
“Sekarang ni ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” seloroh Anwar Ibrahim.
Sumber : Berita Harian
